Apabila Namanya Melayu…

Melayu satu rumpun bangsa yang cukup gah pada suatu ketika dahulu. Zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka menjadi tanda betapa gagahnya Melayu pada ketika itu sebelum kejatuhannya.

Apabila sebut sahaja Melayu, kebanyakannya segala perkara yang negatif. Sebut sahaja, Melayu mudah lupa, Melayu malas, Melayu penuh dengan hasad dengki, Melayu suka gosip dan fitnah, Janji Melayu dan pelbagai lagi perkara yang tidak sedap didengar melibatkan Melayu.

Umumnya semua yang saya sebut di atas adalah Melayu yang berada di Malaysia. Namun sangkaan saya meleset sama sekali. Rupa-rupanya Melayu yang berada di luar negara atau oversea perangainya sama sahaja. Apabila namanya Melayu, maka Melayu juga perangainya.

Rata-rata Melayu yang berada di luar negara berpendidikan tinggi dan sebahagiannya mempunyai title Doktor. Namun sebahagian kecil daripada kelompok Melayu ini, tidak senang apabila melihat kelompok Melayu yang lain bermuafakat.

Lebih ketara lagi apabila ada di antaranya berbeza ideologi dan politik. Kalau ikut fahaman ahli agama seperti Ustaz, ia adalah perbezaan mazhab. Perbezaan pendapat sekiranya dibahaskan dengan baik, dibincang dengan kaedah ilmiah sesuai dengan tahap intelek para ilmuwan Melayu yang belajar di oversea, sememangnya digalakkan kerana kita boleh menilai yang mana baik dan buruk.

Apa yang menyedihkan ada juga Melayu yang bersikap dengki, sampai tahap hendak terbalikkan periuk nasi orang lain. Terkilan tak terkata, hendak katakan Melayu ini belajar setakat SPM? Sudah tentu bukan. Kalau dah namanya oversea sudah tentu la belajar peringkat Master atau PhD. Paling kurang sekalipun Undergraduate, namun ini hanya sebahagian kecil.

Betapa tidak professional mereka ini sampai sanggup menjatuhkan kaum Melayu yang entah berapa kerat sahaja bilangan di luar negara ni. Facebook yang menjadi medan untuk berkomunikasi sesama rakan dan taulan, telah menjadi medan perang di alam siber. Sedihnya apabila ada kelompok yang hendak meleraikan pergaduhan diperli dan dianggap tidak layak menasihati.

Oleh kerana banyaknya yang negatif berkenaan Melayu, sehinggakan apa yang baik berkenaan Melayu tenggelam begitu sahaja. Ku ingatkan apabila belajar tinggi-tinggi di luar negara, maka tinggi jugalah budi bahasa dan akhlak peribadi. Namun… (sigh)

Apabila namanya Melayu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: