Qiamullail at Masjid Al-Farooq

Sejujurnya, inilah pertama kali saya menghadiri program Qiamullail. Alhamdulillah, program yang dibuat oleh Biro Kerohanian, Komuniti Malaysia Glasgow berjalan dengan lancar. Walaupun peserta yang hadir tidak ramai, program tetap juga berjalan.

Dengan kehadiran peserta lebih kurang belasan orang, kami buat Qiamullail di Masjid Al-Farooq bermula jam 10pm. Dimulakan dengan sesi kenal mengenal peserta kemudian beberapa tazkirah disampai oleh saudara Dr Nukman dan juga Dr Che Anuar mengenai program Qiamullail.

Setelah selesai sesi tazkirah, kami dijamu dengan sedikit makanan (supper) sebelum masuk tidur. Apa yang best kami makan Pizza dan Air Teh. Nikmatnya dapat makan dikala cuaca yang sejuk ni. Sambil makan kami bersembang, sambil bertukar idea dan ilmu masing-masing.

Oleh kerana rata-rata mereka ni adalah student Postgraduate, terasa kerdilnya diriku apabila berada di kalangan ilmuan yang bakal mencorakkan masa depan negara. Masing-masing menceritakan pengalaman dalam bidang yang dikuasai mereka. Apabila sampai turn saya, dengan rendah dirinya saya kata “Saya hanyalah seorang IT Technician di HUKM”. Semua yang ada senyap. Huhuhu..

Habis selesai supper, kami semua masuk tidur. Semua orang tidur dalam Sleeping Bag, takder yang bawak selimut macam kat rumah. Tidur dalam sleeping bag ni kurang kurang selesa dari segi kebebasan, kaki memang kena lurus sebab tidak bebas bergerak. Kalau kat rumah memang tidur agak buas. Oleh sebab ianya mampu menebat suhu sejuk, so tidaklah kesejukan.

Lebih kurang jam 4am kami semua bangun tidur dan bersiap untuk solat sunat Tahajjud. Diimamkan oleh Ustaz Fawwaz, kami buat 2 kali solat sunat Tahhajud. Selesai selepas itu kami menunggu jemaah dari penduduk setempat untuk menunaikan solat Subuh.

Kemudian kami ke bilik khas yang berada di tingkat atas. Di sinilah Ustaz Fawwaz memberi tazkirah kepada kami semua. Untuk membuat semua orang tidak tidur, sesi tazkirah agak terbuka. Semua orang boleh bertanya soalan dan memberi pandangan atau idea mengenai ilmu agama Islam.

Lebih kurang jam 7am kami disajikan dengan sarapan ala kadar. Cukup dengan pelbagai jenis roti, muffin, kopi dan teh. Agak menarik juga Qiamullail, bermula dari tajuk Qiam, masuk ke tajuk Nabi dan Rasul, kemudian masuk kepada cerita “Innocence of Muslims”, kemudian banyak lagi.

Alhamdulillah, kami semua bersurai dan balik ke rumah masing-masing lebih kurang jam 8am. Selepas ini akan ada lagi Qiamullail, mungkin dibuat 2 bulan sekali. Apa pun, Insya-allah saya akan cuba hadirkan diri sekiranya tiada sebarang masalah.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: