GPS Baru

Orang Malaysia kata “GPS”, tapi Mat Salleh kata “Sat Nav”. Sat Nav adalah singkatan bagi nama Satellite Navigation. Apa pun nama ia diberi, fungsinya tetap sama. Sebagai orang Malaysia, saya lebih familiar dengan nama GPS berbanding Sat Nav.

Sebagai orang asing a.k.a foreigner di bumi UK ni adalah lumrah sesat dan sesat dan sesat. Apa yang bagusnya, sistem poskod di UK begitu efficient untuk menentukan lokasi sesuatu tempat. Just key-in poskod, GPS akan membawa anda ke destinasi yang hendak dituju.

Bermacam-macam brand GPS yang ada dijual dipasaran seperti Garmin, TomTom, NavMan, Snooper dan banyak lagi. Oleh kerana hendak tinggal di UK agak lama, rasanya kena beli satu jugak GPS memandangkan ia boleh dikatakan satu keperluan. Asyik-asyik sesat jer, mana boleh tahan.

Pengalaman saya memakai software GPS Free untuk Smartphone berdepan dengan pengalaman yang tidak disangka-sangka. Tempat lain yang kita hendak pergi, entah mana-mana ditunjuknya.

Dalam fikiran memang hendak beli brand Garmin. Terkenal dengan reputasinya sebagai pelopor GPS yang dipercayai. Map yang sentiasa up-to-date. Surfing punya surfing, survey punya survey akhirnya saya memilih Garmin nuvi 30.

Garmin nuvi 30 adalah GPS yang paling ideal kerana mampu dimiliki. Kebetulan ada offer dari Halfords, harganya cuma £54.98 untuk set GPS lengkap dengan Map UK & ROI. Tanpa banyak fikir terus beli online, order hari Sabtu hari ini sampai (Selasa).

Sampai saja terus register dan update software di dalamnya. Free Map Update untuk sekali sebelum tempoh 90 hari dari tarikh register diberikan. Tapi saya biarkan sahaja, kerana Map yang ada sudah cukup terkini. Apabila hendak sampai tempoh 90 hari baru saya akan update Map terkini.

Tidak perlu risau sesat lagi selepas ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: