Hiking at Dumgoyne

Kali terakhir saya join aktiviti hiking semasa ke Bukit Broga. Kali ini saya berserta komuniti Malaysia Glasgow buat aktiviti hiking ke Dumgoyne sempena sebelum masuk musim Winter.

Kalau mengikut aktiviti program, sepatutnya kami bergerak ke Dumgoyne pada jam 1pm. Tapi terpaksa tunda sedikit masa kerana hendak mencukupkan ahli pendaki agar lebih meriah. Hiking ramai-ramai baru syok.

Kami bergerak dengan 3 buah kenderaan yang sarat dengan muatan dan penumpang. Alhamdulillah, kami sampai di kawasan Glengoyne lebih kurang jam 3pm. Sebelum acara mendaki bermula, kami solat secara berjemaah terlebih dahulu.

Beberapa nasihat disampaikan kepada peserta mengenai keselamatan dititikberatkan sebelum pendakian bermula. Kasut yang longgar ikatannya dikemaskan. Sekiranya ada peserta yang kejang otot semasa mendaki sebolehnya jangan terus duduk, berdiri sekiranya boleh tahan sakit.

Kami mula menyusuri laluan sekitar kilang Scotch Whisky Glengoyne sebelum sampai ke kaki bukit. Mengikut info tinggi bukit ini ialah 427 meter. Perjalanan yang mulanya agak mudah tiba-tiba menjadi agak sukar kerana permukaan yang landai menjadi sangat curam apabila sampai di suku pendakian.

Bermula dari suku pendakian itulah banyak tenaga diperlukan untuk mendaki. Ada la lebih kurang 3 kali saya berhenti berehat sebelum sampai ke puncak. Orang lain tak tahu la pula berapa kali berhenti, tapi ada 2 orang peserta yang berhenti terus di sukuan pertama kerana tidak larat memanjat dan seorang lagi gayat tempat yang tinggi.

Sepanjang pendakian, kumpulan kami tidak sunyi dengan pengunjung atau pendaki tempatan (local) yang lain. Apa yang lebih menarik ianya menjadi pembakar semangat buat kami untuk terus sampai ke puncak. Ini kerana kami bertembung dengan satu family Mat Salleh dengan 2 orang anak mereka yang baru turun dari puncak. Rasanya anak mereka lebih kurang 5 atau 6 tahun.

Apabila sampai di pertengahan, sedikit demi sedikit group kami menjadi panjang dan semakin jauh di antara satu dengan yang lain. Ini kerana kemampuan stamina peserta semakin menurun dan ada sebahagiannya mengambil gambar.

Lebih kurang suku perjalan hendak sampai ke puncak, boleh dilihat banyaknya jerangkap samar (tahi anjing) di sepanjang laluan mendaki. Mat Salleh ni memang suka bawa anjing hiking bersama-sama rasanya. Tahi anjing tu fresh pulak tuh. Potong betul la..

Akhirnya saya menjadi orang yang ke-4 sampai ke puncak. Betapa puasnya dapat naik sampai ke puncak, menikmati pemandangan yang cukup cantik, ditambah pula dengan cuaca yang cerah. Kalau hujan memang merbahaya untuk mendaki.

Sambil menghirup udara segar yang sudah sedia sejuk dengan iklim Autumn, saya menghayati alam ciptaan Allah SWT dengan penuh rasa syukur kerana berpeluang untuk sampai ke sini. Dari jauh saya boleh melihat Glasgow dan bandar sekitarnya.

Dan engkau melihat gunung-ganang, engkau menyangkanya tetap membeku, padahal ia bergerak cepat seperti bergeraknya awan; (demikianlah) perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya; sesungguhnya Ia Amat mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu lakukan.” (An Naml 27:88)

Belum pun penat yang ada ni hilang, sekali lagi saya teruja apabila ada seorang Mat Salleh ni yang baru sampai ke puncak hanya datang untuk sentuh sedikit batu asas dan terus berlari turun ke bawah. WoW, macam tu pun ada.

Peserta pertama kami yang sampai ke puncak mengambil masa 1 jam 10 minit. Saya pula mungkin 1 jam 30 minit rasanya. Sambil makan coklat dan pisang, replenish semula tenaga yang hilang. Kami bergambar bersama-sama semasa di atas puncak sambil berehat.

Tiba-tiba kami lihat ada seorang lagi Mat Salleh yang baru sampai ke puncak. Apa yang menariknya, melihat dari cara pakaian macam orang baru balik dari pejabat. Dengan hanya memakai sepatu kulit, seluar panjang, kemeja lengan panjang dan tali leher yang masih kemas simpulannya, Mat Salleh ni dengan selamba turun semula ke bawah selepas beberapa ketika melihat pemandangan dari atas. Mereka ni tak tau rasa penat ker? Kami semua duduk di atas puncak pun, ada la dalam 20 minit sebelum turun ke bawah.

Selesai bergambar posing dengan berbagai ragam dan gaya masing-masing, kami pun mula turun tetapi mengikut laluan yang berlainan. Laluan yang agak mudah tetapi lebih jauh atau panjang untuk sampai ke bawah. Namun itu tidak menjadi masalah kerana turun ke bawah kurang sedikit penatnya berbanding menaiki bukit.

Alhamdulillah, kami semua selamat sampai ke lokasi dimana kami meletakkan kenderaan. Selepas bergambar bersama, kononnya dah sampai bawah la. Kami pun mula bergerak balik ke Glasgow.

p/s: Lokasi tempat parking kereta ialah berdekatan dengan Glengoyne Distillery, G63 9LB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: