Mengadu, Merungut dan Dot dot dot…

Sejak adanya lama sosial seperti Facebook, Twitter dan Google+, bermacam-macam jenis komen mahupun statement yang boleh dibaca hasil dari luahan rakan-rakan “maya” kita. Sama ada kita pernah jumpa atau tidak rakan maya tu, belakang cerita la.

Oleh kerana Facebook lebih popular di kalangan rakyat Malaysia, maka boleh katakan hampir semua orang mempunyai akaun FB. Baik muda, tua, miskin dan kaya, senang cerita FB la wadah komunikasi baru.

Tapi ada juga orang yang salah gunakan FB untuk tujuan yang tidak baik seperti memfitnah, mengaibkan orang lain dan sebagainya. Apabila cerita mengenai FB ni, lebih banyak negatif dari positif. Akan tetapi bergantung pada orang itu sendiri yang membuatkannya negatif.

Rata-rata rakan “maya” yang ada dalam akaun saya akan meluahkan rasa tidak puas hati, rasa marah, rasa tertekan dan 1001 macam luahan yang boleh dibaca melalui komen yang keluar pada wall FB ni.

Kalau yang masih belajar, ada yang merungut mengenai pelajaran mereka. Kalau yang sudah bekerja pula, ada yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan keadaan tempat kerja.

Majikan macam itu dan ini, Boss ni macam itu dan ini, merungut bagaikan dia sorang jer yang bernasib malang. Merungut bagaikan kerja yang dilakukan tidak setimpal dengan gaji. Merungut bagaikan kerja yang dilakukan adalah yang paling teruk berbanding dengan orang lain.

Bukankah lebih baik ambil pedekatan yang lebih baik dengan mengadu pada Allah daripada meluahkannya di dalam facebook untuk tatapan umum. Kembalilah kepada fitrah, semoga kebaikan dibalas kebaikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: