Mari Bersenam

Bersenam menyihatkan badan. Itulah Moto simple saya apabila melakukan senaman. Entah berapa lama saya dah tak pergi gym, agaknya sejak start nikah dahulu. Setahun sebelum nikah, saya jadi member di California Fitness yang terletak di Mid Valley. Kononnya nak jaga kesihatan dan stamina sebelum kahwin nanti.

Selepas jer kahwin, terus stop pergi gym atas sebab-sebab tertentu. Heheh.. Buat pengetahuan semua, California Fitness telah diambil alih oleh Celebrity Fitness. Mungkin atas faktor masalah kewangan atau pembelian saham syarikat.

Saya rasa cukup bersyukur kerana sepanjang hidup saya sehingga ke artikel ini ditulis, saya tidak merokok sebagaimana rakan-rakan saya yang lain yang mana ada di antaranya perokok tegar ataupun perokok sampingan (light smoker). Maka kuranglah sedikit risiko penyakit yang melibatkan rokok ni.

Akan tetapi risiko lain tetap ada, apabila saya terbaca artikel mengenai kolestrol. Orang kurus tidak semestinya sihat walaupun mempunyai BMI pada paras normal. Sebelum datangnya penyakit Diabetes, High Blood Pressure yang mana boleh datang tanpa diduga. Maka eloklah saya buat langkah pencegahan sebelum terlambat.

Pada hari ini, saya sekeluarga pergi la ke Gym yang disediakan oleh University of Glasgow. My Wife dan Umair pula mandi di kolam renang, saya pula bersenam di Cardio Suite dengan peralatan treamill. Buat permulaan saya akan mulakan dengan cardio, apabila stamina telah pulih setelah melalui rileks yang panjang barulah saya akan masuk ke Strength Suite.

Semua equipment tersangatlah lengkap, malah lebih lagi berbanding dengan gym yang ada di luar sana. Pelbagai jenis kelas diadakan, Yoga, Zumba dan bermacam-macam lagi. Kelab persatuan juga ada di sini, Karate, Aikido, Ski & Snowboarding, Skydiving dan bermacam-macam lagi (kelab persatuan kena tambah bayaran).

Juga terdapat equipment untuk disewa seperti raket badminton, raket squash dan beberapa equipment lain yang mana saya tak habis explore lagi. Kemudahan seperti WiFi juga terdapat di sini. Sesiapa yang berminat untuk memecahkan lemak-lemak tu boleh la melakukan sauna.

Bangunan Gym ini sahaja ada 6 tingkat keseluruhannya, so bayangkanlah betapa besarnya Gym ni dan betapa lengkapnya equipment yang mereka ada. Sesiapa minat sukan extreme, boleh juga mencuba Wall Climbing.

So, kepada rakan-rakan dan juga pembaca blog saya. Sekiranya ada di antara anda yang menjadi perokok tegar (heavy smoker) ataupun perokok sambilan (light smoker), ubahlah kehidupan anda dengan membuang tabiat merokok. Adalah lebih baik duit untuk membeli rokok digunakan untuk bersenam di gym yang berdekatan di rumah anda. Kepada yang tidak merokok, syabas buat anda dan marilah bersenam untuk mengelakkan penyakit berkaitan kolestrol ni.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: