Melawat Deep Sea World

Baru semalam kami melawat Zoo Edinburgh, hari ini kami melawat Deep Sea World. Pameran mengenai haiwan akuatik dan berbagai jenis amphibia. Kami pergi dalam 2 keluarga, bertolak dari rumah mereka dengan menaiki bas dan pergi ke North Queensferry dengan menaiki Train.

1st time la naik train kat UK ni. Lebih kurang macam naik KTM, tetapi dalam versi yang lebih selesa. Perjalanan ke North Queensferry  mengambil masa 25 minit untuk sampai, dan dari stesen keretapi ke Deep Sea World hanya mengambil masa 7 minit berjalan kaki.

Kira awal juga kami sampai kerana tidak ramai orang yang ada pada ketika itu. Bermacam-macam jenis ikan laut dan ikan air tawar ada di sini. Seal (anjing laut) juga ada di sini.

Pelawat juga boleh berenang bersama ikan jerung di dalam akuarium mengikut permintaan, tetapi who have the guts. Takper la, tengok dari luar pun dah cukup. Memang besar ikan jerung tu, White Shark. Bukan seekor, entah berapa banyak ekor.

Di bahagian bawah bangunan adalah tempat kami melihat bermacam-macma jenis ikan seperti jerung. Melihat melalui terowong kaca, seperti akuarium gergasi. Tetapi setelah melihat keadaan sekitar, tidaklah sebesar mana Deep Sea World ni. Lebih kurang 1 jam kami sudah habis melawat semua tempat.

Sebahagian masa kami berehat menikmati Hot Chocolate di cafe yang disediakan. Di situ juga kami terserempak dengan satu family warga Malaysia yang datang dari Aberdeen. Setelah saya bersembang lebih kurang, rupanya mereka suami isteri bekerja dan bukan sebagai student.

Selesai menikmati minuman hangat barulah kami balik, walaupun jam baru masuk 1 tengahari. Tetapi pada waktu inilah baru ramai pengunjung datang melawat. Ada bagus juga kami datang awal, kalau tidak terpaksa la kami bersesak-sesak dengan pengunjung yang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: