Melawat Zoo Edinburgh

Buat kali keduanya, saya sekeluarga pergi ke Edinburgh. Kalau sebelum ni kami melawat Edinburgh Castle, kali ini kami melawat Zoo Edinburgh. Perjalanan kami mengambil masa 1 jam 15 minit dari rumah kami di Glasgow hingga ke Zoo Edinburgh.

Apa yang menarik di Zoo Edinburgh ini ialah terdapat pameran haiwan baru iaitu sepasang Panda yang besar yang didatangkan khas dari China. Dengar ceritanya Panda ni baru sampai ke Edinburgh pada musim Winter yang lepas.

Seperti biasa ianya menjadi tumpuan pelawat untuk melihat haiwan unik dari China ni. Spesis haiwan yang sedang diancam kepupusan. Akan tetapi kami tidak berpeluang untuk melihat Panda kerana slot tiket untuk melihatnya sangat-sangat terhad. Oleh itu kami melihat haiwan lain selain Panda.

Seperti di zoo-zoo yang ada di Malaysia, Zoo Edinburgh mempunyai haiwan yang tidak kurang banyaknya. Cuma rasanya jikalau dibandingkan, Zoo Taiping lebih banyak haiwan berbanding Zoo Edinburgh.

Apa yang menarik berkenaan Zoo Edinburgh ialah cara haiwan tersebut dipamerkan. Kita boleh melihat secara jelas dan dekat walaupun haiwan tersebut adalah sangat liar seperti Singa dan Harimau. Kalau di Zoo Negara, kita cuma boleh lihat Singa dari jauh, itu pun kalau Singa tu tak menyorok mana-mana tempat.

Selain itu ada taman permainan untuk kanak-kanak dan beberapa cafe untuk berehat sambil menikmati kopi. Sedar tak sedar rupanya kami dah berada di zoo selama 3 jam lebih. Sampai nak tutup la Zoo ni kami pusing-pusing tengok bermacam-macam haiwan.

Dalam banyak-banyak haiwan, ada sejenis penguin yang menarik perhatian saya. Ingatkan ianya hanya dalam cerita animasi semata-mata, rupanya memang ada jenis penguin macam itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: