Malaysia Independence Day

Merdeka!!! Merdeka!! Merdeka! .. Itulah ayat yang selalu dilaungkan apabila detik 12am pada 31 OGOS setiap tahun. Semua rakyat Malaysia tak mengira bangsa dan agama akan menyambutnya dengan cara yang tersendiri.

Kebiasaanya mereka akan berkumpul beramai-ramai di Dataran Merdeka (orang KL dan Selangor) untuk menyambutnya. Negeri lain pula ada tempatnya tersendiri untuk menyambut ambang merdeka.

Seperti biasa akan ada logo sempena Hari Merdeka yang membawa makna kepada Hari Merdeka pada tahun tersebut. Dari tahun ke tahun, logo Hari Merdeka berubah mengikut zaman. Temanya berubah mengikut tahun tetapi setiap maknanya tidak akan lari jauh dalam erti Merdeka.

Namun begitu pada tahun ini (2012), logo merdeka yang diperkenalkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan menjadi isu hangat. Isunya kerana logo itu sendiri mempunyai retorik politik. Oleh itu, Pakatan Rakyat telah memperkenalkan logo Hari Merdeka yang boleh dikatakan universal untuk semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Secara peribadi, logo merdeka yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat jauh lebih cantik dan berjiwa merdeka kerana tema itu sendiri mengukuhkan perpaduan rakyat yang berbilang kaum, “Sebangsa, Senegara, Sejiwa”. Berbanding dengan logo merdeka rasmi Malaysia “Janji Ditepati” seolah-olah mereka telah melaksanakan “Janji Mereka”. Sepatutnya, logo merdeka tidak dicemari dengan retorik politik dan mestilah mempunyai erti kemerdekaan.

Kebanyakan orang yang rata-ratanya penulis blog melahirkan rasa tidak senang dengan “Janji Ditepati”. Tidak kurang juga, ada yang mengkritik secara berhemah dan ada yang ikut sedap mulut. Ada juga yang risau kerana kritikan mereka akan dianggap sebagai “Pengkhianat Negara”. Walaupun kritikan mereka adalah pandangan peribadi.

p/s: Search jer Google.. U all boleh baca banyak blog di dalam internet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: