Hari Raya Aidilfitri 2012 di Glasgow, UK

1st time beraya di perantauan, jauh sekali dari Malaysia. Setakat jauh seperti Semenanjung dengan Sabah/Sarawak tu dah menjadi perkara biasa. Tapi ini jauhnya beribu batu, di antara Malaysia dengan United Kingdom.

Nasib baiklah warga Malaysia di Glasgow ni agak ramai. Memang tak dapat dibayangkan betapa ramainya warga Malaysia yang hadir di Vitoria Hall, iaitu tempat default bagi warga Malaysia berkumpul apabila ada sesuatu aktiviti dijalankan.

Bagi saya dan keluarga, ini adalah pertama kali kami beraya jauh dari keluarga besar. Baik dari sebelah saya, mahupun dari sebelah isteri. Satu pengalaman yang baru buat kami beraya bersama warga Malaysia di Glasgow.

Suasana Raya di Glasgow cukup meriah dengan caranya yang tersendiri. Bermula dengan berkumpulnya warga Malaysia di Victoria Hall, kemudian kami solat sunat Aidilfitri. Selepas itu sesi bergambar dan diakhiri dengan majlis makan beramai-ramai.

Sebelum ini kami cuma dapat bayangkan ramainya mungkin puluh-puluh orang, tapi apabila semuanya berkumpul rata-rata melebihi 100 orang. Itu belum lagi termasuk dengan warga Malaysia yang non-muslim. Pada waktu inilah kami dapat merapatkan ukhwah sesama kami. Saling bertukar topik perbualan, pengalaman, bertanya khabar, sesi perkenalan adalah antara aktiviti kami.

Oleh kerana dewan Victoria Hall yang disewa agak terhad masanya dan perlu dikosongkan, maka aktiviti kami yang seterusnya adalah beraya dari rumah ke rumah warga Malaysia yang buat Open House. Saya sekeluarga follow saja ke mana mereka semua pergi, redah jer rumah siapa pun. Masa ni la nak kenal dengan ramai orang, kalau tak memang tak kenal sesiapa la jawabnya.

Bermula dari rumah Dr Che Anuar sehinggalah yang terakhir rumah orang bujang iaitu Hafiz, Sharil dan Ihsan. Kesemua sekali kalau dikira adalah dalam 7 buah rumah mengikut kata sorang kawan tu (Faizal Ghazali). Saya sendiri pun tak ingat sebab dah lost count, yang penting raya. Heheh.. Setiap rumah yang kami lawati, kami akan bergambar bersama tuan rumahnya. Menandakan kami dah sampai. Haha..

From 9.30am until 11.30pm, kami semua Marathon Raya. Takder singgah balik rumah berehat, tukar baju dan sebagainya. Start from Victoria Hall sampai la the last house (The Bujangs). Pun begitu, rumah orang bujang ni la yang paling kami tak sangka-sangka persiapan rayanya. Dari makanan, kuih raya, perhiasan dalam rumah, siap ada lampu lip-lap lagi, serba-serbi mengalahkan orang yang dah ada family. Memang restecpa, tabik spring gitu.

Penat memang la penat, tapi puas hati. Balik rumah, landing jer atas katil terus tidur. Fuhhh~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: