Happy Anniversary To MySelf

Tanggal 08 Ogos 2012, maka genaplah sudah 4 tahun sempena Hari Ulang Tahun Perkahwinan saya. Sempena hari yang agak special, saya pun masak ler something yang special untuk juadah berbuka puasa nanti.

Saya masak Nasi Minyak dan Kerutuk Daging sebagai juadah berbuka puasa. Dimulai dengan Kerutuk Daging, sudah tentu la daging menjadi bahan utama. Bahan seperti bawang besar, bawang putih, serbuk kerutuk, halia, bunga lawang, cengkih, kayu manis adalah bahan yang lain.

Cuma saya tidak masukkan kerisik, kerana kesukaran untuk mendapatkannya. Cili giling pun saya tak masukkan kerana supaya anak saya Umair boleh makan bersama. Bahan seperti halia, bawang besar dan bawang putih ditumbuk lumat, kemudian dicampur bersama serbuk kerutuk.

Minyak dipanaskan di atas kuali, kemudian tumis bahan menumis iaitu halia, bawang putih dan bawang besar. Apabila bau agak wangi, masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama serbuk kerutuk ke dalam kuali.

Masak sehingga pecah minyak, entah la macam mana istilah pecah minyak ni. Ikut resipi kata pecah minyak, tapi tak nampak minyaknya pun sebab dah kering sangat.

Selepas itu masukkan susu santan dan daging ke dalam kuali. Masak dan gaul dengan api yang kecil. Proses ini dibuat sehingga kuah daging menjadi pekat dan daging menjadi empuk. Sekiranya daging masih belum empuk, tambah sedikit air sekiranya kuah menjadi pekat. Diulang proses tersebut sehingga daging empuk.

Apabila daging telah empuk, baru ler masukkan sepotong gula melaka, kerisik (saya tak bubuh) dan sedikit garam sesedap rasa. Selepas gaul lebih kurang 5 minit. Siap untuk dihidang.

Kemudian masuk ler bahagian Nasi Minyak. Dimana beras lebih kurang 2 cawan setengah dibasuh bersih-bersih, bawang besar dipotong halus, manakala bawang putih ditumbuk lumat.

Periuk nasi saya masak di atas dapur gas kerana risau jika masak menggunakan elektrik ia tidak cukup masak (base on experience lepas). Lebih kurang 2 sudu besar minyak sapi dipanaskan di dalam periuk, kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih tadi. Setelah ditumis sehingga naik bau, barulah masukkan biji pelaga, kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang.

Setelah goreng dan gaul lebih kurang 5 minit, barulah masukkan beras yang telah dibasuh kemudian ditambah dengan 1 cawan susu segar, sedikit air dan daun pandan. Untuk mendapatkan warna kuning pada nasi, boleh ler letakkan 2 or 3 titik pewarna kuning (saya tak bubuh).

Masak dengan menggunakan api yang kecil, sambil masak sambil gaul untuk meminimakan nasi berkerak. Apabila air dalam periuk telah hampir kering, barulah masukkan kismis sebagai tambahan.

Hendak tahu nasi sudah masak atau belum, kena la periksa secara manual. Kena gaul dan periksa setiap nasi, baik yang bahagian atas atau yang bahagian dasar. Boleh dipicit pada nasi, sekiranya nasi lembut kesemuanya maknanya nasi telah masak. Sekiranya masih ada sedikit yang berbiji, itu tandanya masih belum masak.

Apabila sudah masak, boleh la tabur bawang goreng dan daun bawang sebagai hiasan (saya tak bubuh).

Siap sudah Nasi Minyak dan Kerutuk Daging, maka waktu berbuka pun telah masuk. Memang On-Time. Alhamdulillah, wife saya suka dengan masakan saya kali ini. Entah berapa kali dia sebut sedap. Bila ditanya, “yang mana satu yang sedap?”.. wife saya kata “Dua-dua sedap”.

Special Dishes for Special Day. Heheh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: