Setengah Bulan Berpuasa

Alhamdulillah, setelah berpuasa selama lebih kurang 19 jam sehari, saya masih cergas tidak letih mahupun lesu sebagaimana berpuasa di Malaysia. Setelah setengah bulan berpuasa, tiada apa-apa masalah baik dari segi faktor kesihatan.

Memang terasa lain berpuasa di negara 4 musim ni. Walaupun pada waktu kini (Summer Season) adalah waktu berpuasa yang panjang, namun tidak terasa sangat panjangnya. Tidak letih seperti di Malaysia yang bercuaca panas, lebih-lebih lagi apabila masuk musim kemarau.

Mungkin juga atas faktor suhu yang agak sejuk seperti hembusan air-con gitu, menyebabkan tidak terasa letih berpuasa. Saya pernah berjalan kaki sambil membawa Umair ke taman yang sejauh 2.2 miles pada bulan puasa ini, langsung tidak menjadi masalah. Tapi kalau jalan kaki dalam keadaan panas terik di Malaysia, rasanya memang jauh sangat bezanya.

Pun begitu 19 jam tidaklah lama mana, walaupun pada angka 19 itu sendiri sudah terasa agak lama. Ada juga PRO dan CON, dimana sekiranya di Malaysia agak meriah dengan suasana Bazar Ramadhan. Di UK suasana puasa tu seperti hari-hari biasa. Tiada apa yang istimewa, lebih-lebih lagi komuniti Islam di sini rata-ratanya ialah Pakistan. Berbeza dengan komuniti Islam Malaysia yang sudah terbiasa dengan istilah Bazar Ramadhan.

Ada setengah bulan lagi sebelum menyambut Aidilfitri. Namun persiapan Aidilfitri nampaknya … (entahlah) tunggu dan lihat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: