Beautiful Sunset

Sejak berada di Glasgow, saya dah merasa 2 musim iaitu Musim Bunga (Spring Season) dan Musim Panas (Summer Season). Summer Season yang disangkakan panas sebenarnya realitinya tidaklah sepanas yang disangka.

Kerana pada musim ini, boleh dikatakan berapa kali saja boleh nampak cahaya matahari. Selebihnya hujan, hujan, hujan, mendung, hujan dan hujan. Begitulah keadaan yang sebenarnya di Glasgow.

So, kalau dapat lihat cahaya matahari yang panas memang betul-betul rahmat. Agak selesa dan terasa seperti segar badan apabila kulit orang asia seperti aku ni dapat sinaran cahaya matahari.

Akan tetapi apabila hujan, ianya akan hujan sepanjang hari. Bangun dari tidur hujan. Masuk tengahari masih lagi hujan. Petang pun masih lagi hujan. Malam pun hujan lagi dan lagi dan lagi. Kalau ada gap hujan berhenti pun ianya tidak lama. Selepas itu ianya akan hujan lagi. Begitulah Glasgow di Musim Panas.

Namun apabila masuk hari cuaca yang cerah, memang sepanjang hari cerah. Masa ni la ramai orang akan keluar rumah beriadah, membawa family ke taman, membawa anjing keluar berjalan-jalan sambil menikmati limpahan cahaya matahari.

Kalau pergi ke taman seperti Botanic Garden, jangan ler hairan kalau bersepah-sepah “Dugong²” ini berjemur. Memang ini ler aktiviti mereka apabila cuaca cerah, tapi yang hairannya mereka ni tak pergi kerja ke? Berjemur sepanjang hari sambil minum kopi dan makan ais krim.

Bulan puasa memang tak sesuai ler pergi ke Botanic Garden ni. Ia boleh membuatkan pahala anda kurus sekurus-kurusnya. Niat di hati hendak menangkap gambar pelbagai bunga yang kembang mekar boleh terpesong oleh gangguan “Dugong”. So cepat-cepat la keluar dari taman ni.

Balik ke rumah sambil menunggu masa berbuka puasa, sunset yang agak cantik boleh dilihat dari tingkap rumah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: