Old School Camera

Sebagai mukadimah, suatu ketika dahulu kamera yang ada tersangatlah besar rupanya. Bulky dan ianya manual sepenuhnya. Kalau nak tangkap gambar mestilah statik, tidak boleh ada sedikit pun pergerakan. Gambar yang ditangkap akan terhasil pada kertas yang diletakkan di dalam kamera.

Namun evolusi kamera semakin berkembang. Apabila filem telah terhasil, bermacam-macam jenis format filem pula yang ada. Maka format filem 35mm menjadi standard pada 1890an dan digunapakai sehingga kehari ini.

Apabila masuk era 1980an, kamera yang dahulunya filem telah bertukar kepada elektronik atau digital. Penggunaan CMOS pada kamera masih terlalu baru dan sangat mahal harganya.

Sehingga masuk ke tahun 2000 barulah, kamera digital mula mendapat tempat di hati pengguna. Dengan harga yang mampu dimiliki serta kecanggihan yang bukan hanya setakat menangkap gambar, malah dapat merakam video.

Pada ketika ini, kamera filem mula dipinggirkan. Walaupun masih ada, namun ia menjadi sesuatu yang dianggap antik. Ini adalah serba sedikit mengenai kamera secara umumnya.

Ketika saya keluar berjalan-jalan membawa Umair sambil menikmati pemandangan kota Glasgow. Ramai juga orang menangkap gambar sekitar George Square. Namun apa yang menarik perhatian saya ialah ada seorang Mat Salleh ni menangkap gambar dengan menggunakan kamera yang cukup antik.

Kamera yang sepatutnya berada di Muzium masih boleh digunakan dan ianya ada di depan mata saya. Tanpa membuang masa, saya pun snap beberapa keping gambar gelagat Mat Salleh ni menangkap gambar dengan kamera kesayangannya.

Kamera brand jenis apa, saya kurang pasti. Tapi dari rupanya sudah pasti ianya Old School Camera. Sesuatu yang menarik dan lain dari yang lain. Hendak memilikinya? Sesuatu yang di luar kemampuan walaupun ada orang yang menjualnya. Sudah pastinya ianya tersangatlah mahal atau si pemilik tidak akan menjualnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: