1st Day Puasa Di Perantauan

Ramadhan tiba lagi, maka muslimin dan muslimat di seluruh dunia mengerjakan puasa disiang hari bermula terbit fajar sehingga terbenam matahari.

Buat pertama kalinya pada tahun ini iaitu 2012 saya berpuasa di perantauan bersama anak dan isteri di bumi UK. Jika di Malaysia orang berpuasa sekitar 13 ke 14 jam sehari, di UK kami sekeluarga berpuasa selama 19 jam sehari. Diulang sekali lagi, 19 JAM. Adoi..

Mungkin ada la hikmahnya puasa lebih jam dari biasa, pahala pun lebih la bak kata salah seorang sahabat saya di Malaysia. Namun puasa di UK yang jatuhnya pada Summer Season sahaja yang lebih panjang dari biasa. Sekiranya jatuh pada waktu Winter Season, ianya jauh lebih singkat dari biasa.

Apa pun saya redha jer la, puasa tetap puasa. Sekiranya di Malaysia, seluruh negeri di Malaysia iaitu sama ada di Semenanjung dan juga Sabah dan Sarawak berpuasa mengikut perutusan yang disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.

Agak berbeza sedikit di UK, dimana kami sebagai orang yang merantau akan bergantung pada keputusan imam masjid iaitu Central Mosque di tempat masing-masing. Contohnya saya yang duduk di Glasgow akan mengikut ketetapan Glasgow Central Mosque.

London juga ada Central Mosque, begitu juga Edinburgh dan Manchester dan lain-lain tempat di UK. Bagi kami warga Malaysia di Glasgow akan berpuasa pada hari Sabtu. Agak sedikit berbeza dengan London, Manchester dan Edinburgh dimana mereka telah pun bermula puasa pada hari Jumaat lepas (sehari awal).

So, maknanya mereka akan menyambut Raya lebih awal la nampak gayanya. Huhu.. Sebelum mula berpuasa sempat lagi ukur berat badan, nak tahu sama ada berat akan bertambah atau tidak. Di akhir Ramadhan barulah ukur berat sekali lagi.

Semoga puasa tahun ini lebih baik dari puasa tahun yang sebelum-sebelumnya. Amin..

1 Comment (+add yours?)

  1. nono
    Jul 21, 2012 @ 04:17:47

    kesian hngpa..xpa pahala lebih

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: