Canon EOS 50D Shutter Count

Sudah masuk 2 tahun setengah saya berkecimpung dalam blog. Begitu juga dengan usia kamera DSLR saya iaitu Canon EOS 50D. Terfikir juga berapa jangka hayat kamera ini. Adakah boleh tahan selama-lamanya? Selagi ianya dijaga dengan rapi?

Beberapa website berkenaan kamera dan fotografi ada menitik beratkan berkenaan dengan shutter count. Sewaktu membeli kamera ini, saya langsung tidak ambil peduli apa itu shutter count. Apa yang penting kamera ini dapat menghasilkan gambar yang menarik dan kepelbagaian fungsi lain.

So, terfikir juga berapa jangka hayat EOS 50D ni dengan erti kata lain Maximun Shutter Count. Belek punya belek, rupanya kamera saya mempunyai jangka hayat 100,000 shutter. Jika bernasib baik, ianya boleh pergi lebih banyak dari 100,ooo atau kurang bernasib baik kurang dari 100,000.

Tapi nak tahu berapa banyak click yang telah saya gunakan pada kamera ini adalah yang paling penting. Bila dilihat pada gambar yang disnap, tidak ada apa-apa bacaan pada EXIF yang boleh dirujuk shutter count.

Last sekali kena jumpa pakcik Google jugak. Ada satu website yang sangat berguna dimana software ini adalah 3rd party, bukan dikeluarkan oleh Canon. Selepas Download dan Install, saya pun cuba la gunakan. Cukup mudah, semudah ABC. Plug USB dan run software tersebut. Ia akan detect secara automatic.

Maka terpaparlah berapa banyak click yang saya dah gunakan pada kamera ini. 23,865 clicks yang telah saya gunakan sepanjang 2 tahun setengah saya menggunakan kamera EOS 50D. Maknanya saya masih ada baki 76,135 clicks sebelum mencapai jangka hayatnya 100,000 shutter.

Jika diikut secara purata, sekiranya saya menggunakan kamera seperti sekarang, kamera saya akan mencapai jangka hayatnya 100,000 shutter pada 7 tahun lebih akan datang. Tahun 2019 barulah tukar shutter yang baru atau kamera yang baru. Huhuhu..

Software yang diberi nama EOSInfo boleh download di sini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: