Umair Alone

Pada hari Ahad yang lepas, Mama Umair terlibat dengan conference yang berlangsung di Glasgow Royal Concert Hall. So, Umair terpaksa la berpisah buat sementara dengan mama dan bersiar-siar di bandar Glasgow bersama papa.

Kami berjalan tanpa hala tuju, jalan jer sambil melihat kedai sekeliling. Umair pula layankan jer follow ke mana papa pergi. Last sekali kami pergi ler ke George Square. Balik-balik itu jer la tempat yang kami pergi, sebab takut sesat jalan. Heheh..

Umair pula macam kurang ceria apabila mamanya tiada. Mungkin Umair kata “Mama Mama?“.. Papa pun kata “Mama Work“.. Sekali lagi Umair tanya “Mama Mama?“.. Papa pun kata “Mama Work“.. Baru la Umair faham.

Kadang-kadang Umair duduk di salah satu bangku di dataran George Square seorang diri sambil melihat burung merpati sedang diberi makan. Bermacam-macam gaya yang dipamerkan oleh Umair.

Sekali lagi Umair kata “Mama Mama?“.. Papa pun kata “Mama Work“.. agaknya Umair rasa sunyi apabila mamanya tiada bersama. Sekali-sekala Umair berlari-lari bermain kejar-kejar dengan burung merpati.

Cuaca pula semakin lama semakin sejuk walaupun tak hujan, maka rasanya kena balik rumah dahulu. Mama Umair ni pula entah bila la nak habis. So, kena la balik rumah masak nasi.

Semasa hendak balik, Umair seperti tidak mahu balik dia masih hendak berada di George Square. Mungkin Umair sedang fikir Mama akan sampai tak lama lagi atau Umair tak mahu balik selagi mama tak balik bersama.

Apabila stroller disorong, Umair pula asyik menarik-narik stroller supaya jangan dibawa. Faham sangat la perangai Umair ni, tapi memang Mama dia takkan datang sebab banyak kerja. Dapat pula call dari mama dia suruh balik dulu. Confirm la lama lagi nak habis.

Balik jer turun dari bas hujan turun dengan lebat. Tiba-tiba jer hujan, selalu tak macam tu. Tapi yang hairan, bila dah nak dekat sampai rumah tiba-tiba hujan reda. Sempat la baju ni kuyup sekejap, Umair pula dah lena tidur dalam stroller.

p/s: Dialog Umair hanyalah rekaan papa semata-mata. Wahahaha..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: