Ayam Goreng Nyonya

Dah lama saya tak masak menu baru, maka saya cuba satu lagi menu yang saya rasakan sesuai dengan bahan yang ada di dapur. Belek punya belek maka Ayam Goreng Nyonya menjadi pilihan.

Ayam Boneless menjadi pilihan kerana lebih mudah dimasak dan dimakan. Ayam perlu diperap selama 20 minit dengan bahan perap yang terdiri dari bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, serbuk kunyit, garam, tepung jagung, telur yang telah dikisar.

Ayam yang telah diperap kemudian digoreng sehingga kekuning-kuningan. Kemudian diangkat dan toskan lebihan minyak pada tisu penyerap minyak.

Bawang besar yang dipotong bulat digoreng bersama lada yang dipotong halus dan daun kari. Apabila bau aroma telah naik, masukkan ayam yang telah digoreng. Kemudian masukkan sos tomato, sos plum, sos tiram dan sedikit garam. Gaul sehingga sebati.

Maka siaplah sudah satu lagi masakan yang tidak seberapa ini. Kalau ikutkan perlu gunakan cili padi, namun saya gunakan saja cili yang ada. Asalkan ianya cukup syarat. Rasanya boleh ler tahan, sampai wife berkata “Alaa, nasi dah habis”. Heheh.. sejak bila makan nasi tak cukup nih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: