Wau Cafe

Mengikut ramalan forecast, Glasgow akan hujan bermula tengahari sehingga la petang. Namun itu semua adalah ramalan, yang menentukan segala-galanya hanyalah Allah SWT.

Memang keadaan mendung seperti hendak hujan tetapi entah mengapa saya sekeluarga berkeras juga keluar rumah. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan kami ke bandar tidak hujan langsung.

Salah satu objektif utama kami ialah pergi makan di Restoran Wau Cafe. Ia adalah satu-satunya restoran yang dimiliki dan diusahakan oleh rakyat Malaysia bangsa Melayu di Glasgow, Scotland. Apabila dilihat pada menu, pelbagai juadah yang disediakan.

Pemilik Restoran Wau Cafe memperkenalkan diri sebagai Abang Kush (nama sebenar Kushairi). Tak perlu nak speaking-speaking kat sini, cakap Melayu jer senang. Heheh.. Saya order Nasi Lemak Sambal Sotong dan Nescafe Ais, wife pula order Char Koew Teow dan Teh Ais, Umair pula Roti Canai.

Terubat ler sedikit rindu pada makanan Malaysia ni. Hohoh.. harga boleh tahan la untuk kami sekeluarga £16.55. Harga lebih kurang sama dengan Malaysia cuma beza adalah matawang RM dan £.

Sempat ler saya bergambar dengan owner Wau Cafe ni. Sembang borak macam dah kenal lama, walhal baru 1st time jumpa. Memang mesra Abang Kush dan isterinya (Kak Anis) melayan kami dan juga Umair.

Bak kata Abang Kush, sedap peluk Umair ni. Umair pula bagaikan merelakan sahaja lebih-lebih lagi setelah mendapat keropok Free yang diberi oleh Kak Anis. Perbualan singkat terasa macam lama pula, namun kami terpaksa beredar kerana wife ada appointment lain di salon.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: