Culzean Castle

Pada 24 Jun 2012 (Sabtu), saya sekeluarga pergi melawat Culzean Castle yang terletak di Ayrshire. Saya sekeluarga mengikuti rombongan yang dianjurkan oleh Glasgow University khas buat family International Student.

Perjalanan kami ke sana mengambil masa 1 jam 30 minit. Lebih kurang sama jarak perjalanan ke Edinburgh. Kedai cenderahati iaitu Visitor Centre yang berada di hadapan pintu masuk utama adalah tempat untuk kami mendapatkan map yang diberi secara percuma.

Ada beberapa tempat menarik di antaranya ialah Culzean Castle, Clocktower Court, Walled Garden, Swan Pond, Boat House, Battery, Deer Park, Camellia House, Swinston Pond, Cat Gates, Fire Pond dan Powder House.

Semua peserta rombongan bebas untuk melawat mana-mana tempat yang mereka ingini. Dalam erti kata lain, tiada tourist guide. Kami bebas hendak melawat mana-mana tempat berpandukan map yang diberi.

Tempat pertama yang kami lawati ialah Castle. Sebab itulah salah satu tempat yang menarik sekali untuk dikunjungi. Rupa-rupanya Culzean Castle tidak boleh mengambil gambar. Sempat ler snap dua tiga keping gambar sebelum kena larang. Lepas tu terpaksa la switch off, kena la respect law kat sini.

Banyak benda yang menarik di dalam Culzean Castle ni rupanya. Sebuah gambar yang tingginya lebih kurang 12 ke 15 kaki adalah antara gambar yang dikatakan paling berharga di dalam Castle. Deretan pistol, meriam lama dan buku-buku yang ditulis tangan oleh pemilik terdahulu.

Dalam banyak-banyak gambar ada satu gambar yang menarik perhatian saya. Rupa-rupanya salah sebuah gambar yang dipapar adalah ahli Freemason zaman dahulu. Siapa sangka kumpulan ini wujud sejak zaman dulu lagi.

Dari Dining Room, Library, bilik bayi dan sampai ler ke dapur. Dapur adalah tempat dimana para pekerja Castle berkumpul pada suatu ketika dahulu. Tercatat di situ law yang perlu diikuti oleh setiap pekerja.

Sebenarnya ada banyak lagi bilik-bilik yang kami tidak dapat masuk, mungkin kerana ianya mempunyai perhiasan yang begitu berharga. Setiap bilik yang kami masuk mempunyai seorang penjaga yang akan melayan pelancong seperti kami dan menerangkan apa yang ada di dalam bilik tersebut.

Selesai melawat Castle saya sekeluarga ke Clocktower Court, tidak banyak benda menarik kerana ianya hanyalah sebuah Jam besar yang lama. Belakang Clocktower Court pula ialah stable kuda yang telah diubah-suai kepada Coffee Shop. Berhenti sebentar minum kopi sementara menanti hujan reda.

Setelah hujan reda kami pergi mencari tempat untuk berkelah, berpicnic la konon. Sebab dah bawa bekal makanan, kami cari tempat duduk untuk makan. Nasi Goreng dan Ayam Panggang menjadi santapan kami sekeluarga. Kemudian kami ke Deer Park, banyak rusa boleh dilihat sedang meragut rumput. Besar juga rusa di sini, mungkin baka Mat Salleh semua besar-besar belaka.

Dari Deer Park kami pergi ke Walled Garden. Di sana ada banyak pokok bunga yang menarik, orang perempuan suka la tempat-tempat macam ni. Taman bunga yang agak unik, memang golongan bangsawan dulu-dulu ada taman bunga peribadi. Boleh dilihat sebuah pokok yang begitu besar masih terpelihara, entah berapa ratus tahun usianya.

Selesai bergambar di Walled Garden, kami menuju ke Swan Pond. Agak jauh sedikit berbanding tempat lain kerana agak terpencil sedikit. Memang banyak Swan di sini, malah itik dan seagull juga ada di sini. Jangan hairan kalau itik di sini boleh terbang, itik Malaysia jer tak boleh terbang.

Ada banyak lagi tempat yang belum kami lawati, tapi oleh kerana masa semakin suntuk dan cuaca yang kejap hujan kejap cerah membantutkan aktitviti kami. Bas kami bergerak balik semula ke Glasgow pada jam 4pm. Sempat juga kami membeli cenderahati sebagai kenang-kenangan, entah bila boleh datang ke sini semula.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: