Meng-AGUNG-kan Barat ???

Suatu ketika dahulu ketika saya masih dibangku sekolah, sering saya dengar kenyataan “Mengagungkan Barat” dan “Dasar Pandang Ke Timur”. Kenyataan yang dibuat oleh mantan PM itu bersangkut paut dengan melihat teknologi Jepun berbanding apa yang ada dibarat.

Namun setelah sekian lama, baru-baru ini saya mendengar ayat “Mengagungkan Barat” namun dalam konteks lain. Bunyi seperti “memakai seluar pendek adalah meng-AGUNG-kan barat” kerana ianya dicipta oleh barat. Memakai seluar pendek bukan budaya orang Melayu.

Sejak bila pula “Memakai Seluar Pendek” boleh dikira meng-AGUNG-kan barat???

Menurut istilah Kamus Dewan. AGUNG bermakna Besar, Utama, Penting, Mustahak, Induk, Terkemuka, Terbilang, Ternama, Termasyur, Terhormat, Terutama, Teristimewa, Gah.

Kesimpulannya, Mengagungkan Barat bermakna Mengutamakan Barat, Memuliakan Barat dan Menyanjung Barat.

Ada segelintir manusia mengatakan “Memakai Seluar Pendek Mengagungkan Barat”. Entah apa yang difikirkan oleh mereka sampai begitu sempit sekali pemikiran.

Jikalau memakai seluar pendek dikira mengagungkan barat, apa bezanya player bola sepak Malaysia yang memakai seluar pendek? Mengagungkan Barat? Kalau semua la perkara yang melibatkan barat dikira sebagai mengAGUNGkan barat. Alangkah mundurnya pemikiran orang sebegini.

Jikalau begitu, orang Melayu terpaksa la makan makanan Malaysia sahaja. KFC, McD, Pizza Hut dan semua makanan berasal dari barat dikira mengAGUNGkan barat?

Maka terpaksa la orang Melayu, menonton perlawanan bola sepak Liga Malaysia sahaja kerana kalau menonton English Premier League (EPL) dan mana-mana liga bola barat dikira mengAGUNGkan barat?

Maka terpaksa la orang Melayu, membeli jersey bola Malaysia sahaja. Kerana sesiapa yang minat jersey bola EPL dan mana-mana liga bola barat dikatakan mengAGUNGkan barat?

Maka terpaksa la orang Melayu, menggunakan komputer yang bukan berasaskan Intel dan AMD kerana dikatakan mengAGUNGkan barat? Tetapi ada ker komputer bukan dari Intel dan AMD?

Maka terpaksa la orang Melayu, memakai capal sahaja kerana itulah budaya Melayu. Sekiranya memakai kasut atau sepatu dikira mengAGUNGkan barat?

Maka terpaksa la orang Melayu bersukan Sepak Raga atau Bersilat. Sekiranya bersukan badminton, tenis, bola sepak, olimpik dan sebagainya dikira mengAGUNGkan barat?

Maka terpaksa la orang Melayu memakai baju Melayu, baju kurung dan kebaya sahaja. Sekiranya memakai baju T, blaus, kemeja, blazer, tali leher dikira mengAGUNGkan barat?

Maka terpaksa la orang Melayu bermain gasing, layang-layang. Sekiranya bermain permaian video sama ada Dota, World of Warcraft, Diablo dan sebagainya dikira mengAGUNGkan barat?

Maka terpaksa la orang Melayu minum air suam, teh atau kopi sahaja. Sekiranya minum air 100 Plus atau minuman karbonat dikira mengAGUNGkan barat?

Maka terpaksa la orang Melayu bersila sahaja apabila duduk di rumah. Kerana sofa dan kerusi dipopularkan oleh barat dikira mengAGUNGkan barat?

Maka terpaksa la orang Melayu menonton filem Melayu sahaja. Sekiranya menonton filem dari barat seperti Hollywood dikira mengAGUNGkan barat?

Maka terpaksa la orang Melayu bergantung pada bomoh, pawang dan pengamal perubatan tradisional apabila berubat. Sekiranya berjumpa dengan doktor atau pengamal perubatan moden dikira mengAGUNGkan barat?

Maka terpaksa la orang Melayu membasuh pakaian di tepi sungai. Sekiranya memakai mesin basuh dikira sebagai mengAGUNGkan barat?

Maka terpaksa la orang Melayu memakai lampu minyak tanah. Sekiranya memakai lampu elektrik moden yang dicipta oleh James Watt dikira mengAGUNGkan barat?

Kalaulah semua yang berasal dari barat tidak boleh digunakan oleh Melayu kerana takut dikatakan mengAGUNGkan barat. Betapa rendahnya akal fikiran manusia sebegini. Sungguh kasihan, kerana zaman teknologi yang serba canggih masih ada yang sedemikian rupa.

Namun bukanlah semua perkara yang berasal dari barat kita ambil. Hanya perkara yang baik-baik dan boleh dimanfaatkan sahaja. Sebagaimana kita menggunakan laman sosial untuk berkomunikasi dan berinteraksi di dalam dunia tanpa sempadan.

Menggunakan khidmat pakar dari luar negara kerana tidak mempunyai pakar di dalam negara. Contohnya seperti pakar perubatan, engineer dan sebagainya. Tapi kalau berseluar pendek? Saya sendiri tak tau nak kata apa.. adakah meng-AGUNG-kan barat?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: