A.I.B

Tanggal 18 JUN 2012, adalah titik bersejarah secara peribadi buat diri ini supaya saya ingat sampai bila-bila. Apabila di’aib’kan dengan cara serangan peribadi melalui sebuah group di dalam facebook yang telah saya tinggalkan.

Lumrah hidup manusia berselisih pendapat yang mana setiap orang ada pendirian dan pegangan hidup masing-masing. Pun begitu, tatkala perdebatan yang boleh dikatakan tiada penghujungnya perlu juga ada penamatnya.

Isu perdebatan adalah berkaitan dengan HUDUD. Di mana soalan yang SIMPLE saya kemukakan menjadi isu hangat di dalam group tersebut. Sehinggakan begitu banyak dalil-dalil, hadis dan firman Allah yang digunakan untuk menguatkan hujah masing-masing.

Tidak kurang juga petikan ayat dari Dr, Ustaz, Alim Ulama, para ilmuwan di dalam mahupun luar negara dijadikan ukuran. Entah mengapa dek kerana rasa tidak puas hati, saya diserang secara peribadi dengan gambar lama saya semasa bujang dijadikan bahan untuk diaibkan.

Menggunakan alasan TANPA NIAT untuk menjatuhkan maruah orang lain tetapi gambar saya dijadikan bahan untuk dimalukan. Mungkin kalau saya adalah orang politik memang menjadi asam garam kalau dijatuhkan sedemikian rupa. Tetapi saya hanyalah orang biasa yang tiada sangkut paut dengan politik.

Begitu sempit sekali pemikiran mereka. Namun ada bagus juga perdebatan ini, dari sini saya kenal kawan yang sebenar dan juga “Kawan Tikam Belakang”, ada kawan yang suka buat lawak, tidak kurang juga yang menjadi batu api dan baling batu sembunyi tangan. Sekurang-kurangnya saya tidak gunakan hadis-hadis Nabi kerana risau disalahgunakan dan jauh dari maksud asal.

Apabila cerita bab HUDUD sepatutnya sebagai orang yang beragama Islam patut tahu dan faham bahawa ianya milik Allah dan wajib dilaksanakan. Ini kerana undang-undang ciptaan Allah cukup sempurna berbanding undang-undang ciptaan manusia.

Soalan saya yang SIMPLE ialah “Sesuai tak hukum hudud dilaksanakan di Malaysia SEKARANG?“. Seorang muslim sejati pasti akan jawab secara spontan “YA“. Kalau jawapannya “TIDAK SESUAI” atau “BELUM SESUAI” maka siapalah kita hendak mempertikaikan undang-undang ciptaan Allah.

Memang betul, pemerintah la yang sepatutnya melaksanakan HUDUD dan bukan kita rakyat biasa. Tetapi sebagai seorang muslim tidak sepatutnya kita berasa was-was sehingga merasakan ianya “TIDAK SESUAI” mahupun “BELUM SESUAI“. Sepatutnya titik noktahnya begitu.

Apabila cerita bab agama maka hanya dalam lingkungan itu sajalah. Entah macam mana, boleh pulak masuk fahaman politik yang sempit yang saya rasakan tidak ada kaitan langsung. Soal parti politik mana yang mahu laksanakan tidak timbul. Asalkan kita tahu dan faham apakah ajaran Islam yang sebenar.

Adalah menjadi tanggungjawab kita sesama muslim untuk nasihat dan menasihati agar tidak lupa. Namun diberi susu dibalas tuba.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: