Nasi Tomato

Banyak jenis masakan Melayu yang belum dicuba kerana terhadnya bahan mentah dan ramuan yang diperlukan. Kalau ada bahannya, mungkin agak mahal walaupun kuantiti yang digunakan adalah sedikit.

Namun itu semua bukanlah penghalangnya, bak kata pepatah Melayu “Ada Hati, Semua Jadi” dan “Kalau Nak 1000 Daya, Kalau Taknak 1000 Dalih”. So, saya pilih ler 1000 Daya ni bagi mencapai matlamat seterusnya iaitu masak Nasi Tomato.

Dah banyak jenis masakan nasi yang saya masak sejak berada di Glasgow ni. Bermula dari Nasi Goreng, Nasi Beriani, Nasi Ayam, Nasi Lemak dan kini Nasi Tomato. Sebenarnya isteri saya yang teringin dan mengidam nak makan Nasi Tomato. Kalau ikut saya, memang tak terfikir nak masak Nasi Tomato ni.

Tapi untuk tidak mengecewakan hasrat keinginan nak makan Nasi Tomato ni, saya pun belek ler dalam internet dan cari bahan nak buat Nasi Tomato ni. Bermacam-macam jenis versi yang ada, tak tahu yang mana satu betul-betul sedap dan menjadi.

Setelah belek beberapa jenis resipi, akhirnya saya buat kesimpulan untuk combine dua tiga resepi dan jadikan satu. So, jadilah resepi saya sendiri yang telah diubahsuai mengikut citarasa sendiri (walhal tak rasa lagi pun).

Dipendekkan cerita, setelah surf internet lebih kurang saya dan wife pergi ler ke Morrison untuk membeli bahan yang diperlukan untuk masak Nasi Tomato. Di antaranya ialah Susu Cair (Evaporated Milk) dan Serai untuk masak lauknya.

Kalau ikutkan menu ia memerlukan Ghee atau bahasa Melayunya ialah Minyak Sapi. Tapi agak sukar hendak dapatkan minyak sapi di sini kecuali jika beli di kedai Pakistan. Namun dalam keadaan yang agak terhad, saya gunakan sahaja apa yang ada. Tawakal jer la harap menjadi.

Bahannya cukup ringkas, tumis dengan menggunakan Ghee tapi saya gantikan dengan Olive Oil. Bawang besar dan bawang putih dihiris nipis ditumis bersama rempah bunga lawang, cengkih, buah pelaga dan kayu manis.

Kemudian nasi yang sudah dibersihkan dimasukkan ke dalam periuk. Dicampurgaulkan dengan tomato puree serta tambahkan air rebusan ayam (chicken stok), susu cair dan garam secukup rasa.

Saya masak di atas stove sahaja sebab kalau masak di dalam periuk nasi ianya cepat sangat masak. Walhal nasi di dalamnya masih mentah, jadi terpaksa la masak secara manual macam orang guna kayu api. Bezanya saya guna dapur gas dan api boleh adjust ikut suka. Saya guna api kecil sahaja untuk mengelakkan nasi hangus.

Apabila nasi agak kering, saya tanak nasi agar ianya sekata. Lebih kurang 30 minit maka siaplah Nasi Tomato yang kemerah-merahan. Lauknya pula saya serahkan kepada wife untuk sambung kerana dia memang pakar masak Ayam Masak Merah.

Gandingan Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah memang lazat sehingga menjilat jari. Rasa macam tak cukup sahaja apabila makan, sebab Umair makan Nasi Tomato boleh tahan juga banyaknya. Cuma jeruk Nenas dan Timun sahaja yang tiada, kalau ada mesti lagi Uummpphhh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: