Jalan-jalan ke Edinburgh

Edinburgh ialah ibu negara bagi Scotland sama seperti Kuala Lumpur bagi Malaysia. Semalam saya sekeluarga pergi melawat bandar Edinburgh bersama dengan keluarga Nur Indah iaitu kawan kepada wife saya.

Perancangan awal kami hendak ke Edinburgh dengan menaiki keretapi, tetapi oleh kerana tiketnya agak mahal maka saya memilih bas kerana lebih ekonomi. Pada malam sebelumnya saya telah beli tiket secara online iaitu MegaBus.

Tiket bas untuk dewasa hanya £10 untuk 2 hala. Harga tiket untuk saya sekeluarga ialah £20.50 pergi balik dari Glasgow ke Edinburgh. Umair pula percuma kerana di bawah usia 3 tahun.

Kami bertolak dari Glasgow jam 9am dan sampai di Edinburgh jam 10.30am. Sampai di sana Nur Indah sekeluarga menanti kami di luar bus station dan kami singgah dahulu di Costa sambil menikmati kopi. Hilangkan ngantuk kerana bangun awal pagi.

Destinasi kami yang pertama ialah Edinburgh Castle. Berjalan kaki ke sana memakan masa lebih kurang 15 ke 20 minit sambil menikmati pemandangan sekitar dan mengambil gambar. Sepanjang perjalanan ke sana memang ramai performer yang menunjukkan bakat masing-masing. Di antaranya ialah Bag Pipe Musician, siap dengan pakaian seragam masing-masing.

Ada di antaranya sepanjang masa asyik meniup bag pipe tanpa henti. Diorang ni memang bernafas panjang ker? Setiap lagu yang ditiup bunyi seakan sama sahaja semuanya, tetapi bila diperhatikan betul-betul macam ada lain sikit dengan yang lain. Saya nak explain pun susah tapi kena dengar sendiri ler.

Sampai di kaki bukit, kena la panjat bukit untuk ke Edinburgh Castle. Memang penat panjat bukit ni, nasib baiklah Umair dah turun dari stroller. Ringan sikit nak tolak stroller ke atas, Umair pula berlari panjat bukit sambil gelak ketawa keriangan. Entah apa la yang seronok sangat panjat bukit nih.

Sampai di atas, barulah kami nampak pemandangan sebahagian besar bandar Edinburgh. Siap boleh nampak laut lagi, angin pun sejuk pada masa ni ditambah pula mendung. Walaupun forecast mengatakan cuaca cerah, namun langsung tak nampak matahari. Yela, dah nama pun ramalan cuaca.

Sampai di atas, kami beli tiket untuk masuk yang mana harganya £14.90 seorang dewasa. Memang mahal juga tiket nak masuk castle ni, tapi sebab dah datang dari jauh ditambah pula penat panjat bukit, rasa rugi pula kalau tak masuk. Sepanjang masuk ke dalam castle kami bergambar.

Rupanya memang macam ni la rupa castle zaman King Arthur gitu. Tapi sayangnya, tidak banyak muzium di dalam yang dapat kami lihat kerana tidak mesra stroller. Terlalu banyak tangga untuk masuk ke dalamnya, so kami lebih banyak menghabiskan masa melihat pemandangan di luar castle.

Angin di kawasan castle lebih sejuk kerana berada di puncak. Bergambar bersama meriam lama dan pemandangan dari atas sahaja yang boleh dilakukan. Tiba-tiba rasa lapar, rupanya dah masuk jam 2pm, kami cari port untuk makan disalah satu bangku yang ada.

Family Nur Indah masak Nasi Ayam rupanya, siap dengan Kerabu Mangga lagi. Biarlah orang yang lalu lalang tengok kami buat tak tahu jer. Apa yang penting perut yang lapar mesti diisi. Rupanya semasa kami sedang makan, ada juga orang lain dibangku yang sama makan sekali apabila tengok kami membawa bekal.

Sejuk sampai kebas tangan, tak terasa langsung tangan dah sentuh nasi. Memang sedap makan nasi waktu sejuk-sejuk, lain rasanya sambil melihat pemandangan sekitar castle.

Mungkin lepas Umair dah boleh jalan sendiri baru kami akan datang semula melihat muzium di dalam castle. Namun ianya adalah pengalaman yang menarik, seronok sehinggakan tidak cukup masa kerana saya dah beli tiket bas pada jam 6pm.

Bulan Ogos akan ada Festival Edinburgh, mungkin kami akan datang lagi ke sana untuk melihat festival yang dikatakan menarik itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: