Nasi Ayam Madu

Dah asyik masak masakan Cina, maka kali saya tukar ler kepada masakan Melayu. Resepi mudah simple dan boleh kata semua orang Melayu tahu akan resipi yang dinamakan Nasi Ayam. Tapi untuk jadikan menu kali ini special dari biasa saya masak Nasi Ayam Madu.

Setelah penat balik dari solat Jumaat (sebab jalan kaki), saya pun duduk rehat sambil melayan Umair. Sambil belek-belek peti sejuk tengok apa yang boleh dimasak, last sekali memang ayam jer la yang ada pun.

Ayam yang beku dikeluarkan, kemudian saya sambung bermain dengan Umair sambil fikir nak masak apa dengan ayam ni. Lebih kurang jam 4pm wife call dari office, just nak tanya “Abang masak apa hari ni?”, saya pun jawab la “Entah la”.

Tapi oleh kerana tidak mahu menghampakan harapan wife yang bakal balik, saya pun masak la Nasi Ayam Madu sebagai santapan malam ini. Apabila ayam yang telah dikeluarkan telah lembut, maka mulalah aktiviti saya di dapur.

Halia dan Bawang Putih ditumbuk dengan lesung sampai lumat kemudian ditumis ke dalam kuali. Apabila aroma yang cukup wangi semerbak bermain-main di hidung terus saya masukkan ayam, 2 mangkuk air, 1 sup bunjut adabi (jumpa dalam laci) dan 1 kiub stok ayam.

Apabila ayam hampir masak, maka rasalah sup ayam tersebut. Bubuh ler garam secukup rasa, mat salleh kata Salt to Taste. Apabila puas hati dengan perasa tersebut saya bubuh ler sedikit serbuk lada putih.

Sup dan Ayam diasingkan. Sebahagian sup ayam dijadikan air untuk masak nasi manakala ayam tadi saya marinade dengan Sos Tiram, Madu dan Kicap Pekat. Sambil tunggu ayam diperam, saya siapkan nasi pula.

Cukup sukatan air pada periuk nasi, beras yang telah dibersihkan dimasukkan bersama 2 sudu mentega, daun pandan dan sedikit hirisan halia. Sambil nasi dimasak, saya gaulkan nasi tersebut agar sekata.

Ayam yang telah diperam saya goreng ke dalam kuali minyak penuh, mat salleh kata Deep Fry. Api tidaklah besar dan tidaklah kecil sangat, cukup-cukup masak dan tidak hangus. Setelah siap ayam diangkat dan dihidangkan mengikut citarasa.

Lebihan Sup Ayam tadi saya masukkan bawang goreng dan daun sup. Manakala kicap pula saya buat sendiri dengan 4 jenis kicap, bawang putih dan 1 special ingredient. Hasilnya Wallaaahhhh!!!..

Wife balik jer terus duduk makan. Saya sendiri tak rasa lagi, cuma dah rasa sup dan sos kicap sahaja. Spontan wife cakap “Sedap”. Oowwhh yeker sedap.. “Abang memang ada bakat terpendam la, boleh buka restoran la lepas ni”. Yelah tu, saya tak pernah terfikir lagi sampai ke tahap tu. I take that as compliment.

Inilah 1st time saya masak Nasi Ayam Madu. Alhamdulillah.. licin pinggan mangkuk.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: