Honey and Poster

Sebagai seorang PhD student maka akan ada la pembentangan hasil dari kajian yang dibuat. My wife juga tidak terkecuali dalam hal ini. Maka pada hari ini kami ke tempat para Postgraduate menunjukkan hasil kajian masing-masing.

Sampai di sana, nak kata ramai tidak juga ramai. Tapi senang cerita agak meriah la sebab pengunjung tidak putus-putus datang melihat poster hasil kajian orang-orang intelek nih. Berbeza Universiti di Malaysia, susah nak jumpa orang datang melihat poster hasil kajian. Semua datang tengok dari jauh jer, itu pun sebab terpaksa lalu kawasan booth pameran.

Ada yang penuh dengan gambar, ada yang banyak content tapi kurang gambar, ada yang sebesar-besar gambar, ada yang colourful, ada juga yang decent black n white, ada yang tema colour pink (pompuan la nih) dan macam-macam lagi.

Faizal Ghazali juga tidak tekecuali dalam membuat pembentangan hasil kajiannya. Sebagaimana saya dan Umair datang memberi sokongan moral kepada Mama Umai, begitu juga Mariam datang memberi sokongan moral pada Faizal.

Event berjalan cukup ringkas, ada disediakan makanan dan minuman ringan sambil melihat poster. Saya dan Umair pula hanya menjadi pemerhati sahaja dari jauh, tapi Umair lebih suka mengacau Mamanya.

Semasa di sini, barulah kami dapat berkenalan dengan seorang lagi student Malaysia iaitu Kak Su. Rupanya dialah empunya poster pink tuh. Aisey.. memang pompuan Malaysia suka color pink rasanya.

Bermula dari jam 10 pagi dan tamat jam 12pm. Tamat sahaja event Kak Su membawa kami ke Main Campus dan pergi ke bangunan International Student. Katanya ada makan Free setiap hari Rabu khas untuk keluarga international macam kitorang nih.

Disamping makan free, tujuannya adalah untuk mengeratkan hubungan antara para student international nih. Bagus juga ada event macam ni, staff Glasgow University juga begitu ramah mesra. Mereka layan sebaik mungkin tidak kira warna kulit.

Sampai di sana memang lagi ramailah jumpa orang Malaysia. Barulah rasa macam kat Malaysia. Hahaha.. cuma makanan yang disediakan sahaja bukan masakan Malaysia. Adat duduk di tempat orang, tak boleh memilih sangat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: