Chicken Orange

Sejak akhir-akhir ini saya jarang makan buah sebagai santapan. Maka menu masakan kali ini akan disekalikan dengan buah. Ianya diberi nama Chicken Orange. Walhal bukan ler makan dengan buah oren, cuma gunakan jus perahan oren ke dalam masakan.

Satu lagi masakan Cina yang entah kali ke berapa jenis saya masak menjadi menu saya sekeluarga. Seperti sebelumnya, ayam yang digunakan semestinya boneless. Mudah untuk dimakan tanpa perlu mengasingkan tulang semasa makan.

Masakan ala Cina ini selalunya perlu digoreng yang disalut tepung atau dipanggil “Frying Batter”. Kebanyakkan beza di antara menu yang seakan-akan sama ialah hanya pada penyediaan Sos dan sedikit sebanyak pada ramuan Batter itu sendiri.

Saya terpaksa menggunakan 2 biji oren untuk mendapatkan suku cawan jus oren. Bergantung pada kuantiti jus yang ada pada setiap oren. Namun Chinese Rice Wine terpaksa saya kecualikan daripada menu Sos kerana ianya tidak halal.

Diakhir masakan, ayam yang telah digoreng perlu digaulkan bersama Sos Oren bagi mendapatkan Orange Aroma. Walaupun tiada bau oren, tetapi ianya hanya dapat dirasakan semasa makan ayam. Hasilnya.. Yummy.. yumm.. yumm..

p/s: Oren dalam gambar hanya hiasan semata-mata..

2 Comments (+add yours?)

  1. Cik Yam
    May 30, 2012 @ 17:17:53

    boleh letak mintak resepi bro.. haha:)

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: