Chinese Honey Chicken

At last dapat juga saya masak masakan ini yang diberi nama Chinese Honey Chicken atau dalam Bahasa Melayunya ialah Ayam Masak Madu ala Cina. Nak translate macam pelik sikit, tapi saya tak kisah. Apa yang penting hasil masakan menjadi penentu.

Bahan masakan yang ada memang dah cukup kecuali perlu ada secret ingredient iaitu Apple Cider Vinegar. Sejarah Apple Cider ni berasal dari Apple yang diperap yang mana bila diperam lama-lama boleh menjadi minuman memabukkan.

So secara automatik ianya menjadi haram apabila digunakan kepada pengguna Muslim. So setelah penat surf internet dan mencari sumber lain dan membaca artikel komuniti Islam di UK, maka dapatlah dirumuskan bahawa Apple Cider Vinegar tertentu sahaja yang halal.

Sekiranya ianya melalui proses peram seperti wine maka haram la ia. Kalau ia melalui proses sintetik tak perlu peram maka ia dikategorikan halal. So last sekali jumpa juga Apple Cider Vinegar yang halal.

Proses penyediaan bahan makanan adalah lebih kurang seperti Chicken Sweet n Sour cuma hanya penggunaan sos yang berlainan. Bezanya ayam yang diperam bersama bahan disejukkan ke dalam peti sejuk selama 1 jam.

Sos madu pula menggunakan bahan utamanya iaitu Madu Asli. Semasa hendak menyediakan Sos Madu, boleh pula terlupa yang madu kat rumah dah habis. Maka terpaksa la berlari ke kedai 24 jam semata-mata untuk beli madu.

Cukup 1 jam peram dalam peti sejuk, ayam digoreng sehingga perang keemasan kemudian diangkat dan keringkan minyaknya. Kemudian 3 camca sudu teh minyak digunakan untuk menumis bawang putih. Tumis sehingga garing kemudian buangkan bawang putih tersebut. Apa yang penting adalah aroma bawang putih tu.

Kemudian masukkan Sos Madu yang telah dicampurkan, ke dalam kuali bekas tumisan bawang putih. Sekiranya hendak memekatkan rasa sos madu tersebut maka boleh la masukkan sedikit tepung jagung. Kalau rasa terlalu sedikit boleh tambahkan air dan adjust mengikut rasa.

Apabila sos madu yang telah di’adjust’ mengikut citarasa, barulah saya masukkan ayam yang telah digoreng tadi ke dalam kuali. Gaul serata-ratanya dan boleh tambahkan biji bijan untuk menjadikannya lebih menarik.

Kepada sesiapa yang mempunya penyakit diabetes mungkin perlu dikurangkan madu semasa hendak membuat sos madu. Maka siaplah satu lagi masakan ala cina yang tidak seberapa ini.

Hanya dengan sekali suap, wife saya kata “Sedap”. Hohoho.. mungkin sebab ianya diperbuat dari “Honey”..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: