Oban Trip Cancelled

Salah seorang kawan yang bernama Faizal mengajak saya sekeluarga ke Highland untuk berjalan-jalan. Itu pun kalau cuaca mengizinkan, ini kerana cuaca di sini tidak menentu. Senang cerita susah hendak nampak cahaya matahari yang panas.

Untuk merancang perjalanan, kami bergantung pada forecast untuk mengetahui ramalan cuaca pada hari berikutnya. Setakat ini ramalan yang dipaparkan boleh dipercayai. Apabila forecast mengatakan hari Sabtu cuaca cerah sepanjang hari, memang itulah masa yang sesuai.

Dipendekkan cerita kami merancang untuk bertolak awal kerana perjalanan ke Oban mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan. Atas permintaan wife untuk membawa makanan yang Special. Maka dia pun menyuruh saya memasak Nasi Beriani Ayam.

Rasanya inilah masakan Nasi Beriani yang paling pantas saya pernah masak. 1 jam 30 minit bermula dari menyediakan bahan sehinggalah Nasi Beriani masak sepenuhnya. Alhamdulillah menjadi masakan saya kali ini.

Siap packing barang semua kami mula bertolak pada jam 8.20am apabila Faizal dan Mariam sampai. Baru saja kami bertolak dan sampai di persimpangan Knightswood, tiba-tiba kereta Faizal buat hal.

Semua lampu sensor indicator pada panel menyala, manakala speedometer langsung tidak jalan. Enjin pula meraung lain macam seperti tak cukup power apabila pedal minyak di tekan. Tetapi kami tetap jalan dengan harapan ianya besifat sementara.

Sangkaan meleset kerana kereta tidak menunjukkan tanda akan baik semula. Saya sarankan Faizal berhenti di stesen minyak berdekatan. Namun apa yang dibuat oleh Faizal adalah berhenti di tepi jalan. Once enjin dimatikan, ia tidak dapat dihidupkan kembali.

Memang trouble la kali ni, dengan kebolehan memeriksa kereta yang agak ciput. Saya lihat la mana-mana fius yang terbakar. Ini kerana simptom yang ada melibatkan wiring. Namun semua fius yang ada berada dalam keadaan baik.

Saya cuma suspek alternator tidak berfungsi untuk menyimpan cas pada bateri atau something wrong pada ECU. Susah juga hendak periksa kereta yang keseluruhannya elektronik.

Faizal menelefon kawannya Mark untuk datang membantu. Hendak dijadikan cerita ada la sebuah kereta berhenti di tepi jalan, kami cuba meminta bantuannya untuk cuba buat Jump Start. Orang berkenaan memberi alasan tidak mempunyai Jumper, apabila kami kata “I have Jumper Cable”, Mat Salleh tu langsung tidak mahu membantu.

Akan tetapi tidak semua begitu, tak lama selepas itu sebuah kereta berhenti dan datang membantu tanpa diminta. Berdasarkan dari percakapan orang ni, dia berpengalaman dan tahu berkenaan kereta. Apa yang boleh dibuat ialah towing atau buat Push Start.

Apabila kami buat Push Start, kereta Faizal dapat dihidupkan. Apabila orang yang membantu kami telah beredar, tiba-tiba kereta Faizal mati semula. Nampak gaya terpaksa tunggu kawan Faizal yang bernama Mark sampai.

Tak lama selepas itu Mark sampai dan kami cuba buat Jump Start dengan keretanya. Namun tidak berjaya, last choice kami terpaksa buat Push Start seperti sebelumnya. Apabila kereta berjaya dihidupkan kami terus naik ke dalam kereta dan terus jalan berpatah balik.

Tak sampai 1 batu, kereta Faizal berhenti sekali lagi. Kali ini bateri betul-betul drain, langsung tiada bunyi ignition. Kali ini terpaksa la cari towing service, nasib baik Mark follow dari belakang. Dia jugalah yang mencari towing service di sekitar Dumbarton.

Oleh kerana kereta Faizal berada di posisi blind spot, maka saya terpaksa la jadi “Polis Trafik” sementara untuk mengawal lalu lintas supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini. Lenguh betul tangan ni, barulah tau macam mana kerja Polis Trafik yang selalu mengawal trafik lalu lintas kat KL tu.

Lebih kurang 10 minit jadi “Polis Trafik”, tiba-tiba datang Polis “Betul Punya” dari Dumbarton. Maka terpaksa la saya buat steady, kalau buat gabra nanti Polis tu suspek apa pulak.

Polis: Whats wrong with your car?

Saya: Our car breakdown

Polis: Do you know whats wrong?

Saya: Maybe electrical problem

Polis: Have you call any towing service?

Bila masuk bab towing ni, saya tak boleh nak jawab sebab yang deal pasal benda ni Faizal sendiri. Nasib baik Faizal datang tepat pada waktunya. Dia la jawab soalan berikutnya yang mana saya sendiri pun dah lupa.

Last sekali Polis tu suruh tunggu dalam kereta, kawalan lalu lintas diambil-alih oleh Polis tadi. Lega rasanya, tangan lenguh dapat berehat. Tak lama selepas itu, Mark sampai selepas dapat mencari towing service.

Saya sekeluarga dihantar oleh Mark balik ke rumah, manakala Faizal dan Mariam pula akan menyusul kemudian untuk trip kedua. Sampai di rumah kami terus hangatkan makanan yang ada sementara menunggu Faizal dan Mariam sampai.

Apabila Faizal dan Mariam selamat sampai, kami pun makan kerana masing-masing sedang lapar. Umair pula sedang tidur pada ketika ini, maka dapatlah kami makan dengan tenang. Sambil makan kami bercerita berkenaan kereta Faizal yang rosak dan juga kebarangkalian kalau berlaku semasa di kawasan Highland.

Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku. Walaupun tidak tahu apakah hikmahnya, apa yang penting kami semua selamat pulang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: