Daging Masak Ala Mongolia

Selepas satu chinese recipe menjadi, the next day aku cuba pula masak satu lagi jenis masakan cina iaitu Mongolian Beef. Title or tajuk saja aku ‘Melayu’kan supaya senang faham.

Oleh kerana banyaknya daging dalam peti sejuk ni yang tidak dimasak-masak dek kerana tak tau nak masak apa. Sebab sebelum ni wife dah pernah try buat sup daging tapi failed. Bukan sekali tetapi 2 kali. Entah apa yang tak kena, mungkin sebab jenis daging rasanya.

So, aku buat la yang tidak berkaitan dengan sup. Maka jadilah menu pada hari ini kerana sebahagian besar ramuan adalah hampir sama dengan masakan Ayam Sweet n Sour saya sebelum ni.

Seperti biasa, daging dipotong senipis yang mungkin supaya senang untuk dimasak dan ramuan yang diperam (marinade) senang meresap ke dalam daging.

Bahan untuk marinade ialah tepung jagung, kicap soya dan sedikit air. Kalau ikutkan menu asal kena tambah Chinese Cooking Wine. Oleh kerana hendak mengekalkan ke’HALAL’an masakan, Wine aku tak bubuh langsung.

Daging dan bahan marinade dicampur gaul dan diperam selama 30 minit. Sementara menunggu daging diperam, saya pun buat bahan sos pula. Seperti biasa soya sauce, dark soya sauce, oyster sauce, white pepper, sesame oil (aku gantikan dengan olive oil), Maggi Seasoning, sedikit gula dan garam secukup rasa dicampur gaul sehingga sebati.

Daging yang telah diperam saya goreng sehingga separuh masak kemudian diangkat ke tepi. Selepas itu saya panas sedikit minyak dan tumis bawang putih dan halia sehingga naik aroma. Daging yang yang separuh masak dimasukkan semula bersama dengan ramuan sos tadi.

Gaul la sos dan daging sehingga sebati. Apa yang penting daging tu betul-betul masak. Agak-agak dah hampir masak, aku bubuh ler sedikit garam sebagai perasa. Gaul sedikit agar sebati ler garam tu supaya takder la ada yang terlebih masin pulak.

Selesai masak angkat letak atas mangkuk untuk dihidang. Alhamdulillah, masakan ala chinese buat kali kedua berjaya dengan sedapnya.  Wife suka, anak pun suka, saya berasa gembira. Hahaha… tapi yang tak bestnya saya masak daging agak sedikit sebab nak test dahulu sebelum masak dalam kuantiti yang banyak. Risau nanti membazir. Tapi kini tidak lagi..

 

2 Comments (+add yours?)

  1. Saiful
    Jun 19, 2012 @ 03:19:43

    Bahaya masakan ni di Malaysia. Hehehe

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: