Ayam Sweet n Sour

Sedar tak sedar, sudah lama aku tidak mengemaskini blog ini. So, semalam barang groceries yang telah aku order secara online telah pun sampai. Bahan yang yang diperlukan untuk menu aku seterusnya ialah Sweet n Sour Chicken.

Maka pada hari ini dapatlah aku try resipi baru setelah susah payah hendak mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan. Bahannya sahaja sudah cukup banyak, tapi itu bukanlah penghalang.

Apa yang penting ialah ayam yang digunakan mestilah tanpa tulang. Oleh kerana boneless chicken dalam peti ais telah pun habis, maka saya ambil potongan ayam bahagian dada untuk tujuan itu.

Tepung gandum, tepung jagung, baking soda dan sedikit air dicampur untuk dijadikan lapisan tepung pada ayam sebelum digoreng. Semasa goreng ayam yang disalut tepung, sekali pandang macam goreng cekodok.

Bahan untuk Sos Sweet n Sour pula memerlukan banyak jenis sos. Bermula dari Kicap, Sos Cili (sos cili kat UK tak pedas pun), Sos Plum, Sos Worcestershire, Sos Tiram, Chinese Rice Vineger, White Pepper, Tepung Jagung, Sedikit Minyak dan air.

Susah hendak dapatkan Chinese Rice Vineger, so saya gantikan dengan Rice Vineger sahaja. Ini kerana kalau ada pun ianya tidak halal kerana yang ada jual hanya Chinese Rice Wine Vineger. Terang-terangan tertulis Wine. Manakala minyak pula saya gunakan Olive Oil supaya sedap sedikit.

Kemudian saya tumiskan bawang putih sehingga naik bau dan masukkan capsicum (Cili Besar) yang telah dipotong dadu. Agak separuh masak barulah saya masukkan campuran sos yang telah digaul. Agak-agak sudah panas, barulah saya masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama sos.

Apabila sos sweet n sour telah bercampur sebati dengan ayam, maka siaplah Ayam Sweet n Sour dan sedia untuk dihidang. Cukup mudah dan senang untuk memasak, tetapi bahannya sahaja cukup banyak untuk disediakan.

Agak berbaloi kerana isteri dan anak saya Umair sukakannya. Isteri saya siap bagi markah lagi untuk masakan kali ini. A+ katanya.. Hahaha.. I take that as compliment supaya masak lebih sedap lagi. Isteri siap kata “Esok masak Ayam Sweet n Sour lagi.. ”

WoW, betul ker apa yang aku dengar..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: