My 1st Homemade Nasi Beriani

Idea untuk masak Nasi Beriani memang dah lama dipendam, cuma masa sahaja yang tidak mengizinkan ditambah pula dengan bahan yang tidak pernah cukup. So, akhirnya pada hari ini saya gagahkan juga untuk masak Nasi Beriani.

Nasi Beriani yang saya masak tidak menggunakan perencah Nasi Beriani seperti di dalam paket. Semua dimasak dengan menggunakan rempah ratus dari raw material. Fuhh.. bunyi macam ganas.

Punyalah banyak resepi Nasi Beriani dalam internet tu, ada la satu resipi ni membuat saya terasa dan teringin nak cuba. Selepas mengumpul semua bahan untuk dimasak, rupanya ada satu lagi rempah terkurang dari list iaitu jintan manis. Aisey, macam mana boleh ter”miss” nih. Minyak sapi lak mana nak cari.

So saya pun gamble jer la dengan bahan yang ada, jintan manis tak perlu pakai manakala minyak sapi saya gantikan dengan minyak zaitun (Olive Oil). Kat sini boleh ler pakai Olive Oil sebab murah, kalau kat Malaysia agak mahal la.

Kalau ikut resipi dalam internet ni kata kena giling semua bahan rempah seperti, bunga lawang, jintan putih, bunga cengkih, buah pelaga, jintan manis, halia, kayu manis, bawang putih, bawang merah, daun ketumbar dan cili kering.

Maka secara tradisionalnya saya pun giling la dengan lesung batu. Baru la real macam masak kat kampung. Tapi mungkin sebab percikan cili kering masuk ke dalam mata, ada la dalam setengah jam saya blind sekejap menahan pedih yang teramat. Adoi..

Lepas giling sampai lumat, kemudian saya tumis pula bawang besar, bawang putih, bunga lawang, bunga cengkih dengan minyak masak dan minyak zaitun. Agak-agak lebih kurang bau dah naik barulah saya masukkan rempah yang dah digiling tadi. Kemudian tambahkan sedikit air.

Kemudian saya pun masukkan la 6 ketul chicken wing untuk dimasak dan tutup kuali. Apabila ayam dah mula empuk atau masak, saya keluarkan ayam tadi dan biarkan bekas air masakan ayam tadi.

Bekas air masakan ayam tadi saya tambahkan lagi sedikit air, gula dan garam. Apabila air rebusan sudah mula mendidih, saya pun padamkan api dan mula masukkan ke dalam periuk nasi. Beras Basmathi yang telah dibasuh saya masukkan ke dalam air rebusan rempah tadi.

Kalau ikutkan memang kena kacau nasi semasa masak supaya sekata. Tetapi entah macam mana belum sempat nak kacau, tau-tau jer dah masak. Periuk nasi ni express betul. Kemudian saya masukkan ayam yang dah dimasak tadi ke dalam nasi beriani yang dah masak. Saya biarkan jer “Keep Warm” sementara menunggu wife balik dari study.

Sepanjang masak Nasi Beriani ni memang kerja asyik ke hulu hilir tengok resipi kat internet sebab takut salah. Hahaha.. tapi berbaloi la sebab menjadi. Kasihan pula pada Umair sebab tak sempat merasa Nasi Beriani yang papa dia masak sebab dah tidur awal.

Alhamdulillah, wife saya suka masakan Nasi Beriani ni. Katanya macam Nasi Beriani kat Cyberjaya/Putrajaya. Yeker macam tu? Entah la, kalau ikut rasa lidah saya memang lain tak sama. Tapi wife pula siap tambah nasi lagi, kira betul-betul Ok la ni. Siap tanya pakai perencah Nasi Beriani apa? Tak pakai perencah ler Sayang, pakai rempah ratus jer.. Heheh..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: