Soup of the Day

Yumm yumm.. sometime bila dah asyik makan benda yang sama sahaja, teringin pula hendak bertukar citarasa. Kalau sebelum ni asyik makan bergoreng, kali ni makan makanan berkuah pula.

Sambil belek barang dalam peti sejuk, yang ada cuma ayam dan daging sahaja. Lepas tu terfikir pula hendak buat Sup. Selepas fikir panjang, saya pun memilih untuk masak Sup Ayam.

Kemudian saya pun belek la recipe dalam internet Sup Ayam Special. Melihat recipe tersebut, boleh kata semua bahan ada di dapur kecuali halia, buah pelaga, daun sup, daun bawang, lada sulah dan bawang merah.

So fikir punya fikir saya pun buat saja walaupun ramuan tidak mengikut dalam recipe. Cuma cara memasak sahaja yang saya ikut step bu step. Dengan pengalaman memasak Sup yang boleh dikatakan Zero dan ramuan yang tidak lengkap, saya tawakal saja la.

First thing first saya masak air lebih kurang satu mangkuk yang mana saya rebus sekali dengan rempah iaitu 2 bunga lawang, 1 batang kayu manis, 4 biji bunga cengkih. Rebus sehingga air mendidih, kemudian asingkan bahan rempah tadi dengan air rebusan rempah.

Kemudian panaskan minyak masak di dalam periuk, tumiskan 2 ulas bawang putih apabila naik baunya barulah tumis sekali dengan rempah yang telah direbus tadi. Baunya tak boleh nak bayang la, tapi bedal saja la. Kemudian saya masukkan 7 ketul sayap ayam, cukup untuk saya sekeluarga makan.

Goreng lebih kurang 10 minit sambil kacau lebih kurang. Kemudian barulah masukkan air rebusan rempah tadi ke dalam periuk. Kemudian saya tambahkan lagi satu mangkuk air. Tapi sebab nak kuah yang banyak saya tambah lagi 1 mangkuk air, so kiranya dah jadi 2 mangkuk air.

Pada waktu ini, saya besarkan sedikit api supaya sup cepat mendidih kerana air paip di sini sangatlah sejuk. Apabila ayam sudah mula empuk barulah saya masukkan lobak dan ubi yang telah dipotong.

Lebih kurang 10 minit masak barulah saya masukkan separuh kiub stok ayam dan garam secukup rasa. Kalau ikut recipe kena bubuh lada sulah tapi saya gantikan dengan black pepper. Kemudian tutup periuk sehingga la masak bajet dalam 10 minit.

Selepas siap masak barulah tutup api dan masukkan bawang goreng. Kalau ikutkan kena bubuh daun bawang dan daun sup. Tapi oleh kerana bahan yang ada cukup terhad terpaksa la masak dengan bahan yang ada sahaja.

Apabila siap, wife saya pun balik dari belajar. First time wife saya makan nasi dan sup ayam tanpa campur dengan kicap. Beliau puji betapa sedapnya Sup Ayam yang saya masak. Siap tambah nasi lagi, oleh kerana tak cukup saya bagi sedikit nasi bahagian saya.

Entah betul entah tidak wife puji sedap, tapi kalau dia tak bubuh kicap atas nasi tu kira betul la kot. Saya pula makan macam biasa, dalam hati “Oowwhh, macam ni rupanya rasa Sup Ayam yang aku masak”. Hohoho..

Senang hati bila masakan menjadi, apa yang risau ialah bila masakan tak sedap dan membazir pula. Alhamdulillah, semua masakan menjadi setakat ni. Lepas ni nak masak apa pula yer.. Hhmmm…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: