Melawat Riverside Museum

Minggu lepas kami ke Art & Gallery Museum, pada hari minggu ini kami ke Riverside Museum. Di sini kebanyakan jenis transport dipertunjukkan. Dari kereta, motorsikal, van, keretapi, basikal, kapal laut dan ada juga kereta kuda.

Kebanyakkan yang dipertunjukkan adalah barang antik, dan sebahagian besar kapal yang dipertunjukkan dalam bentuk model dibina di Glasgow. Siapa sangka Anniesland tempat saya tinggal sekarang suatu masa dahulu pernah menjadi tempat membina kapal laut.

Museum juga agak moden, hampir semua barang yang dipamer mempunyai Info dalam bentuk Elektronik yang dipapar pada LCD. Memang canggih sungguh, siap dengan video dan audio.

Di belakang museum ada sebuah kapal layar yang besar, akan tetapi kami tidak pergi melawat masuk kerana ada tiket bayaran dikenakan kepada pelawat. Pada saya agak mahal sekadar untuk melihat masuk di dalam kapal. £5 untuk dewasa dan £3 untuk kanak-kanak.

Ada juga pameran disaster semasa pembikinan kapal yang mana dipaparkan secara detail semasa kejadian berlaku. Motorsikal yang pernah aku tunggang juga ada dipamerkan. Nampak sangat la dah tua rupanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: