Suddenly ada pembaca blog saya bertanyakan berkenaan firmware 1.0.8 untuk Canon EOS 50D. So, saya menyarakan agar orang berkenaan download fail firmware tersebut di laman web Canon.
Maka terfikir juga kalau-kalau ada firmware terbaru untuk 50D ni. Boleh kata lama juga saya tidak mengambil tahu berkenaan update firmware kamera saya ni. So, belek punya belek rupanya ada firmware terbaru iaitu 1.0.9 untuk 50D.
Tanpa berfikir panjang terus saya download firmware terbaru dan cuba memasangnya. Akhirnya firmware terbaru berjaya saya install. Cuma saya tidak dapat cuba menggunakan fungsi terbaru pada kamera ini kerana update firmware ini lebih kurang sama dengan update (1.0.8) sebelumnya.
Update yang ada pada 1.0.9 ialah
1. Memaksimakan prestasi kamera apabila menggunakan CF Card tertentu serasi UDMA 7 yang dikeluarkan pada bulan Februari 2012 atau akan datang.
2. Membetulkan perkataan-perkataan di skrin menu bahasa Belanda.
So, selagi saya tidak mencuba menggunakan CF Card yang menggunakan UDMA 7 saya tidak dapat melihat perubahan ketara atau merasai perubahan tersebut.
Well, tak rugi pun update firmware. Mungkin akan datang saya akan beli CF Card yang menggunakan UDMA.