Melawat Kelvingrove Art Gallery & Museum

Hari sabtu ialah hari cuti buat wife saya. Tetapi bagi saya setiap hari adalah hari cuti kerana masih belum dapat pekerjaan. Kami merancang untuk bersiar-siar sekitar bandar Glasgow di sebelah West End. Kami berjalan tanpa tujuan kerana hendak explore semua tempat.

Mungkin kedai berhampiran rupanya agak sama sahaja, kerana tiada yang istimewa. So, kami pun letak hala tuju iaitu ke Kelvingrove Art Gallery & Museum. Berjalan kaki dari Byres Road sampai ler ker University Avenue dan seterusnya ke destinasi kami.

Menariknya museum di Scotland dibenarkan menangkap gambar. Tapi agak malang kerana saya terlupa membawa kamera kesayangan. Terpaksa la bergantung harap pada kamera iPhone 4s. Nasib baik la kamera iPhone 4s berjaya menangkap gambar dengan cemerlang walaupun di dalam museum yang kurang cahaya.

Kebanyakan barang di dalam museum adalah berkaitan dengan art, sebab itu namanya Art Gallery. Semua gambar dan patung arca begitu unik ada di antaranya datang dari Italy, France, Dutch dan Scotland sendiri. Kami hanya melawat sambil mengabil gambar, tiada langsung berminat pada hasil seni zaman lampau.

Apa yang saya dan family minat ialah bergambar. Cuma satu sahaja yang saya minat iaitu dengan pakaian besi pahlawan zaman lampau. Bermacam-macam armour dari setiap kurun kerana ianya begitu unik. Pedang zaman Viking juga ada dipamerkan di sini.

Selesai pusing museum yang ada 2 tingkat ni, kami pun balik kerana penat berjalan namun puas. Sekali sekala dapat berjalan bersama family memang seronok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: