Bersiar-siar di Botanic Garden

Masuk musim Spring adalah waktu yang ditunggu-tunggu sebelum masuk musim Summer. Walaupun baru masuk Spring, tetapi cuacanya agak panas seperti di Malaysia. Bezanya cuma angin yang bertiup bagaikan Air-Con.

Petang adalah masa yang sesuai untuk berjalan-jalan dan masa inilah yang sesuai untuk ke taman. Kebetulan pula Botanic Garden berhampiran dengan Main Campus, University of Glasgow. Wife pula memang ada kelas pada hari yang sama, so kami berjumpa di Botanic Garden selepas habis kelas.

Saya dan Umair pula pergi ke Botanic Garden lebih awal, sementara menunggu Mamanya habis kuliah. Memang ramai pengunjung di sini. Semua berjemur di bawah sinaran cahaya matahari bagaikan di tepi pantai. Sehinggakan ada yang buka baju tanpa rasa malu. Walhal nak tunjuk body solid molid selepas bina badan di Gym.

Apa yang saya hairan ialah mereka semua ni tak pergi kerja ke hari ni. Ramai jer lepak-lepak sambil baring-baring. Mungkin masa inilah mereka dapat merasa cahaya matahari dan semua pakat ambil cuti.

Umair pula sudah tertidur  ketika mula sampai ke Botanic Garden. Ketika menunggu Mamanya sampai, dapat la saya lihat betapa sukanya warga Glasgow ni apabila dapat berjemur. Selang setengah jam barulah wife saya sampai.

Kami bergambar di kawasan yang kurang pengunjung. Bergambar di taman bunga memang menarik. Selain kelihatan meriah, suasana juga tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Sehinggakan saya dan Umair cuma pakai pakaian yang nipis sahaja seperti di Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: