Meronda Glasgow City Centre

Pusing keliling sekitar bandar Glasgow bersama wife dan Umair adalah aktiviti kami sekeluarga pada hari Sabtu yang lepas. Dengan menaiki bas tambang seorang dewasa ialah £1.80 sahaja. So untuk 2 orang kena la £3.60 untuk perjalanan sehala ke George Square.

Bas di sini tidak menerima duit kertas, hanya coin sahaja. Oleh itu, syiling yang ada memang sangat berharga walaupun nampak kecil nilainya. Perjalanan kami yang memakan masa tidak sampai 20 minit setelah beberapa kali berhenti, akhirnya kami sampai ke destinasi.

Aktiviti pertama kami ialah mencari tempat untuk makan. Rupa-rupanya dah masuk jam 1pm, patut la lapar. Oleh kerana kami ada bawa bekal makanan, kami makan jer Nasi Goreng dan Nugget Ayam. Sebab agak sukar hendak mencari makanan yang halal kecuali ada la sebuah KFC yang halal di sini. Sekali lihat harga lebih kurang RM (Ringgit Malaysia) cuma di sini guna matawang £ (pound).

Sambil pusing-pusing ada la beberapa penghibur jalanan yang menjadi maskot di Scotland ni. Ianya adalah persembahan Bag Pipe yang  unik. Saya, wife dan Umair agak terhibur kerana bukan senang hendak melihat persembahan secara live.

Namun tujuan kami ke bandar ada juga terselit dengan agenda lain. Kami perlu beli wayar fius kerana malam sebelumnya fius terbakar tanpa sebab. Satu malam kami bergelap, nasib baik ia tidak melibatkan soket.

Sambil pusing keliling melihat bandar Glasgow ni, kami ke Mark & Spencer (M&S). Semata-mata hendak pinjam toilet untuk menukar pampers Umair yang dah pun full. Alang-alang dah sampai M&S kami singgah ke Cafe untuk menikmati Coffee Macchiato dan sepotong kek buah.

Coffee Macchiato ni tersangatlah pekat, bubuh la gula sampai 5 paket. Kopi still rasa “keras” mengalahkan Double Expresso. Belum minum dah terasa bau kopi menyengat ke hidung. Fuhh, aku cuma boleh minum untuk sekali hirup. Lepas tu terus cari air mineral.

Lepas minum lebih kurang, kami sambung berjalan-jalan di luar sambil melihat gelagat warga Glasgow nih. Kedai Pound Land pun banyak di sini, dimana semua barangnya berharga £1 sahaja. Kalau ikutkan memang banyak benda nak dibeli, tapi oleh kerana kami hanya menggunakan public transport maka kami hadkan pembelian barang yang perlu sahaja.

Sambil pusing keliling kami terpandanglah satu-satunya Cinema kat Glasgow ni (sebab aku jumpa satu jer). Ianya juga merupakan Cinema yang tertinggi di dunia. Satu bangunan tu memang semata-mata Cinema sahaja. Tapi kami tidaklah pergi menonton wayang.

Tanpa sedar, hari semakin gelap. Kami pun pergi mencari bas untuk balik dengan tambang yang sama. Seronoknya menaiki bas kami boleh melihat pemandangan sepanjang bandar. Apa yang menarik, susah la hendak jumpa traffic jammed. Kalau ada pun tidak seperti di KL.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: