Picnic at Pollok

Cuti di hari Ahad sememangnya ditunggu-tunggu kerana kami telah ada plan untuk picnic. Tujuan asalnya ialah untuk ke Hamilton sambil melihat Car Boot Sale, seterusnya berpicnic di sana. Namun tujuan asal terpaksa diubah kerana ianya masih ditutup dan dibuka semula pada 1 April.

So, kami ke Car Boot Sale di tempat lain (nama tak ingat). Di sana kami beli bermacam-macam jenis barang yang terpakai dan ada juga yang baru. Ada juga barang makan dan barang mentah seperti sayur, daging dan buah-buahan. Tapi kami cuma beli buah dan sayur sahaja.

Umair pula cukup minat dengan barang permainan keretapi. Langsung tak mahu lepas, nak taknak Mama dia terpaksa la keluar duit beli keretapi tu dengan harga £1 sahaja. Sedangkan barang mainan lain cuma 3 for £1. Umair dapat bola baru untuk bermain nanti ketika berpicnic.

Ketika pusing keliling di sekitar Car Boot Sale ada la seorang seller ni yang jika dilihat tersangatlah kasihan. Susah nak lihat orang berkunjung ke stall tempat dia berniaga. Barang yang dijual juga kebanyakkannya tidak boleh dipakai dan yang menarik cuma bahan bacaan sahaja kerana ianya masih baru.

Entah macam mana ketika aku hendak melihat salah satu buku tersebut, seller terbabit mengambilnya. Sangkaanku dia hendak membaca, rupanya dia terus membaling dan buang terus ke arah yang tiada orang dengan begitu sahaja. Aku terkedu sebentar dengan tindakan seller terbabit.

Tak sempat aku nak belek buku tu dia dah pergi buang, membazir betul. Bagi aku secara percuma pun takper. Oleh kerana buku tersebut  kelihatan menarik dan masih baru, aku pun menyuruh isteriku dan kawannya Mariam menarik perhatian seller terbabit sementara aku dan Faizal pergi kutip buku yang dibuangnya. Akhirnya aku dapat sebuah buku secara percuma, kalau seller tu tak baling buku tu rasanya takder la kesan calar.

Selepas puas pusing keliling, kami pergi picnic di Pollok. Satu kawasan taman yang dahulunya dimiliki oleh seorang bangsawan yang bernama Pollok. Rumah Agam yang indah memang ada ciri-ciri zaman Victoria. Kawasan penternakan cattle dan ladang yang luas.

Cara picnic di sini agak berlainan sedikit kerana memang ada disediakan kerusi dan bangku. Berbanding dengan di Malaysia kita akan bawa la tikar mengkuang apabila picnic. Kami bawa sandwich sardin, nasi goreng, air diet coke, sayap ayam dan walkers. Umair pula cukup suka makan nasi goreng yang dimasak oleh Mariam. Pantang jumpa nasi Umair nih.

 

Boleh dilihat orang di sini suka membawa anjing bersiar-siar yang dibiarkan bebas berjalan dan berlari. Kami tidak perlu risau, kerana anjing di sini sememangnya terlatih sebelum dibiarkan bebas. Boleh dilihat, anjing akan mengikut arahan tuannya apabila dipanggil. Anjing di sini juga tidak akan menyalak pada orang lain walaupun berselisih.

Ada sekali tu ketika ada la mat salleh ni main bola dengan anaknya, bola tersebut jatuh ke dalam sungai. Anjing tu terus terjun pergi dapatkan semula bola tuannya. Sampai begitu sekali terlatihnya anjing-anjing mat salleh nih. Padahal punya la sejuk air kat sungai tuh, anjing tu tak takut sejuk ker apa.

Selesai makan perut yang lapar tadi sudah pun kenyang, barulah kami berkemas dan pergi melawat sekitar Pollok. Kawasan ladang, stable kuda, taman bunga, rumah agam, cattle dan last sekali barulah kami minum sebentar di cafe yang bersebelahan dengan muzium.

 

Sempat kami bergambar di rumah agam Pollok nih, cukup besar walaupun untuk duduk sekeluarga. Mengikut cerita, dalam satu rumah Pollok ni dahulu ada 30 orang gaji untuk menguruskan rumah ini. Memang betul-betul orang bangsawan keluarga Pollok nih.

Umair pun sempat bergambar dengan salah seorang anak mat salleh nih yang umurnya baru 1 tahun 9 bulan tapi dah sama besar dengan Umair. Nampaknya Umair dah ada saingan di sini. Sorang lagi anak mat salleh cuba nak berkawan dengan Umair tapi Umair pula terus jadi “keras”. Tiba-tiba Umair jadi pemalu. Hahaha..

 

Jauh di satu sudut ada keluarga India sedang bergambar sambil berposing di atas taman. Terserlah sungguh macam dalam cerita Hindustan. Puas berjalan di sekitar rumah agam, kami pergi melawat cattle. Kena naik atas sikit sambil jalan kaki.

Di sini boleh dilihat lembu sedang berehat dan sedang makan. Lembu di sini semuanya berbulu lebat untuk mengelakkan kesejukan. Kalau kambing berbulu dipanggil “Kambing Biri-biri”, agaknya kalau lembu berbulu dah boleh panggil “Lembu Biri-biri”. Hahaha..

Kemudian kami pergi melawat muzium dimana tersimpannya barang-barang kepunyaan Rubell iaitu orang bangsawan juga. Boleh la lihat segala koleksi peribadinya yang pelbagai di muzium ni. Puas melihat sekitar muzium, kami minum sebentar di Cafe bak kata orang putih It’s Tea Time.

Kek yang dijual juga sedap-sedap belaka, kopinya juga cukup sedap. Semua sedap la senang cerita. Habis minum-minum, kami pergi ke Playground untuk dberi peluang Umair bermain-main. Suka betul Umair dapat main dengan sepuas-puasnya. Cuaca pula agak baik, walaupun panas terik matahari tetap ada “air-con” original.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: