Spaghetti Untuk Makan Tengahari

Wife saya request untuk masak Spaghetti. Katanya cukup senang dan mudah untuk dimasak (Iyer la tu). So, saya pun try ler buat since saya pun mempunyai banyak masa senggang sementara menunggu mendapat kerja.

Setelah mendapat tunjuk ajar yang lebih kurang dari wife, saya pun buat la mengikut apa yang dicakapkan. Mula-mula sediakan bahan-bahannya seperti Lada Besar, Cendawan, Tomato dan Salami. Keempat-empat bahan ni saya potong dadu seupaya senang dimasak.

Kemudian setelah siap, sediakan kuali dan tumis bawang putih dengan minyak lebih kurang 3-4 sudu makan. Apabila bau sudah naik, barulah masukkan Salami dan goreng ler sampai seakan-akan masak diikuti dengan cendawan, lada besar dan tomato.

Kemudian masukkan sos spaghetti lebih kurang setengah botol. Oleh kerana sos ini pekat, masukkan sedikit air ke dalam masakan. Kacau lebih kurang, kemudian masukkan 3 sudu gula, oregano, basil dan black pepper (jika perlu). Kecilkan api agar sos tidak terpercik keluar.

Sambil menunggu sos masak, saya siapkan Spaghetti Noodle dengan merebusnya sehingga lembut. Ketika merebus, masukkan sedikit garam. Apabila Spaghetti Noodle telah masak, barulah dibuang airnya dengan penapis.

Sos sudah siap, Spaghetti Noodle pun dah siap. Apa yang perlu dibuat campurkan Spaghetti Noodle tadi dengan Sos yang dimasak. Maka siaplah makanan tengahari untuk hari ini iaitu Spaghetti.

Credit to my wife, sebab assist saya semasa menyiapkan Spaghetti ni. Tak lupa juga kepada biras saya iaitu Afiq kerana beritahu biji tomato perlu dibuang jika buat Spaghetti. Saya follow jer, sebab dia ex-Chef dan saya hanya Tukang Masak Picisan. Hohoh..

Entah apa rasanya, tentulah rasa Spaghetti. Saya pun tak sangka begitu mudah sekali (Iyerkan jer la). Rasa pun boleh tahan, sedap seperti makan di kedai (padahal tak pernah makan Spaghetti di kedai). Kalau saya puji sedap macam masuk bakul angkat sendiri pulak. Senang cerita family saya takder bising mengenai masakan yang saya masak.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: