Dinner Nasi Goreng

Semalam dah makan Pizza Vege segera. Nak taknak malam ni mesti kena makan nasi jugak. Cuma agak bosan la bila makan asyik-asyik berkuahkan kicap sahaja. Saya pun pergi ler ke dapur tengok apa yang ada.

Sambil belek-belek perencah masakan, maka terpandang la Perencah Nasi Goreng Kampung. Terus timbul idea nak masak Nasi Goreng untuk malam ni. Mengikut label pada perencah macam senang jer, so tanpa fikir panjang terus buat.

Nasi kebetulan dah pun masak, so saya pun cari la sosej dan hiris nipis-nipis. Kata mak saya, nak bagi masakan wangi tumis ler bawang putih dan bawang merah. Tapi kat sini cuma ada bawang putih jer, hantam saja lah.

Setelah tumis lebih kurang saya masukkan sosej yang siap dipotong dan goreng sehingga separuh masak. Kemudian saya masukkan telur yang telah dikacau supaya lebih menarik (ntah mana dapat idea camni).

Lepas tu masukkan la nasi dan gaulkan bersama Perencah Nasi Goreng. Susah nak gaul sebab kuali Wok ni kecik jer, sampai tumpah-tumpah lagi (biasa la 1st timer). Setelah semua nasi digaul rata dan agak-agak lebih kurang dah masak, saya rasa sedikit untuk memastikan dah masak.

Setelah dah masak, maka siaplah Nasi Goreng yang saya masak buat julung kalinya. Wife saya pun puji kerana Nasi Goreng yang saya masak sedap. Hhnnnsssfff.. (kembang kuncup hidung ku)..

Tiba-tiba aku dapat rasakan skill IT aku semakin lama semakin pudar. Bidang masakan pula semakin mendapat perhatian. Aduh.. silap hari bulan mau berkarat ilmu IT aku nih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: