Nescafe in da House

Setelah sekian lama duduk di perantauan (padahal tak sampai sebulan pun lagi), rasa teringin tu datang menusuk kalbu. Minuman kegemaranku iaitu Nescafe Ais menjadi igauan tanpa sedar. Sungguh pun terdapat banyak kopi yang lebih sedap, namun sekali-sekala teringin juga hendak menikmatinya.

Semasa di Morrisons, ternampaklah satu botol Nescafe. Harganya pun boleh ler tahan, tanpa fikir panjang terus ambil Nescafe botol besar untuk stock minum 3 tahun. Hahaha..

Sampai rumah terus rasmi minum Nescafe buat sekian lamanya. Terasa “Seeennnggggaaaattttt” menusuk kalbu tatkala menghidu aroma Nescafe nih. Kalau dahulu saya minum Nescafe Ais, tetapi di sini saya minum Nescafe Panas. Rasa tak sesuai minum ais di negara sejuk nih.

Menikmati Nescafe sambil melayan anak dan menonton TV cukup mengasyikkan. Menghirup sedikit demi sedikit menambahkan lagi rasa feel yang telah lama hilang. Kalau dulu hirup sekali teguk jer dah habis, terus order baru “Mamak, Nescafe Ais Satu” (teringat Restoran Mamak Al-Azwath)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: