Shopping PushChair Umair

Disebabkan saya dan wife belum ada kenderaan untuk bergerak ke sana ke mari, maka stroller a.k.a pushchair adalah dirasakan sesuai untuk memudahkan untuk bergerak apabila hendak membawa Umair.

Kalau ikutkan memang ler ada yang murah iaitu 2nd hand. Tapi sebab nak pakai lama untuk selama 3 tahun ni (at least), so better la beli yang baru. Maka saya dan wife pun pergi la ke MotherCare di persimpangan jalan rumah (sewa) baru saya ni.

Oleh kerana saiz Umair yang boleh dikatakan lebih besar dari biasa, maka terpaksa la cari pushchair yang boleh menampung beban 20kg nih. Salesman Mat Salleh tu bertanya “How old is he?” maka dengan spontan aku jawab “2 years old”.

Mat Salleh tu terkejut bila dengar “2 years old”, dia pun kata “Wow, you need to shrink a bit”. Setelah mendapat nasihat salesman tersebut, dia menyarankan pushchair berbanding stroller. Harganya memang Hhmmm.. £400 sahaja. Kalau convert RM jadi berapa la yer. Tapi disebabkan ada promosi diskaun 50% telah diberikan, so kami cuma perlu bayar £200 sahaja. UK ni kalau buat sales memang betul-betul murah.

Setelah fikir panjang dan untuk jangka panjang, kami pun belilah pushchair ni. Tapi disebabkan pilihan warna yang dikehendaki tidak ada, maka kami terpaksa menunggu 4 hari waktu bekerja dan pushchair akan dihantar sampai ke rumah.

Lepas ni, panjanglah langkah kami untuk bergerak. Buat pengetahuan semua, public transport seperti bas boleh bawa masuk stroller tanpa perlu dilipat. Macam mana teknologi bas ni bawa naik stroller ni, saya pun belum tengok lagi dengan mata sendiri. Tapi wife saya dah pernah tengok la.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: