Shopping di Tesco UK

Oleh kerana belum ada kenderaan maka terpaksalah kami meminta bantuan kawan wife saya iaitu Faizal dan Maryam untuk shopping barang keperluan di Tesco Extra UK. Tesco adalah antara pasaraya yang terkemuka dan termahal di UK. Senang cerita, siapa yang beli belah kat Tesco ni kiranya macam orang kaya la.

Walhal, Tesco Semenyih kat depan rumah aku tu langsung aku tak heran. Sebab nampak low class agaknya dan murah sangat harga barangnya dari shopping complex yang lain. Tapi di UK adalah sebaliknya, nak buat macam mana tapi itu la hakikatnya.

Bermacam-macam barang kami beli, sebab bukan senang nak beli barang yang besar-besar apabila tiada kenderaan. Sekali shopping hampir £100 untuk kesemua barang. Aku pun tak ingat apa yang dibeli, tapi penuh la satu troli. Di UK, semua barang keperluan tersangatlah murah. Barang bukan keperluan saja yang mahal.

Kalau di Malaysia,  susu segar 1 liter tu harganya RM10 berbanding di UK, susu segar kotak besar 1 liter harganya £1 sahaja. Kalau di convert sekalipun still masih murah sekali ganda. Itulah antara perbandingan yang boleh dibandingkan. Barang elektronik sememangnya mahal kerana bukan barang keperluan.

Balik dari shopping kami singgah makan di restoran Pakistan, dapatlah merasa Nasi Beriani masakan ala Pakistan. Nasi Beriani kat restoran ni memang sedap belaka, mungkin kerana mereka gunakan beras basmati. Kalau pergi shopping complex pun yang ada cuma beras basmati. Beras yang mahal dan terbaik saja diimport masuk UK.

Adoi, kiranya aku ni macam orang kaya la sebab hari-hari makan makanan mahal. Beras Basmati. Hahaha…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: