Hello Glasgow

Lebih kurang 1 jam 10 minit, penerbangan KLM Royal Dutch yang saya naiki dari Amsterdam telah mendarat dengan selamat di Glasgow Airport. Walaupun begitu, perasaan cemas semasa nyaris tertinggal flight masih menyelubungi dada.

Namun perasaan itu semakin reda tetapi digantikan dengan perasaan risau. Ini kerana sepanjang 1 jam perjalanan, anakku Umair tidur dengan lena. Memang susah hendak bangunkan budak kecik ni dari tidur bila dia telah lena dibuai mimpi.

Memang lama hendak sedarkan Umair ni dari tidur. Bila dia jaga sahaja secara spontan Umair terus menangis. Semua orang putih tengok saja aku layankan Umair. Sabar jer la, perasaan malu ni papa tolak tepi wahai Umair oooiii..

Masa hendak mengambil beg, rupanya saya adalah penumpang yang paling last mengambil beg. Semasa saya sampai ke tempat mengambil beg, pekerja Airport Glasgow dah pun menyusun 2 beg saya ke dalam troli. Apa yang saya perlu buat hanya mengambil troli dan mengucapkan “Thank You”. Bagus juga Mat Salleh ni, very helpful.

Lepas tu masuk bahagian Imigresen, saya juga orang yang paling last. Sebagai orang luar selain penduduk UK dan Eropah perlu isi form Landing Pass. Rupanya pramugara dalam flight tadi ada beri form Landing Pass, aku pulak tak ambil sebab aku pun tak tahu benda tu kena isi bila turun nanti.

Semasa hendak mengisi form Landing Pass, Umair buat hal pulak. Dia menangis lagi, tak tahu la sebab apa. Mungkin sebab lapar, tidur tak cukup, penat dan sebagainya. Terpaksa la aku menenangkan Umair ni tanpa menghiraukan keadaan sekeliling (tapi sekeliling memang takder orang pun kecuali Mat Salleh Imigresen).

So melihat keadaan aku, Mat Salleh Imigresen ni offer untuk isikan form Landing Pass dan meminta Passport aku dan Umair. Tanpa banyak cerita dan tanpa mengeluarkan pelbagai dokumen sokongan, aku dan Umair telah melepasi Imigresen yang dikatakan agak ketat ni. Mungkin ada hikmah Umair menangis secara tiba-tiba, so takder la aku kena soal banyak. Mat Salleh tu cuma tanya “asal mana” “datang buat apa” tu jer.

Kemudian sampai bahagian declaration, bahagian sini kena periksa dan buka beg. Entah macam mana, Mat Salleh ni dah nak balik rasanya dia tak periksa beg pun. Cuma dia tanya beberapa soalan. “Do you have anything to declare?” Aku pun jawab la “Such like?”. Mat Salleh ni kata “Meat or anything liquid”. Aku pun jawab “No”. Dia tanya lagi “Food?” Aku pun kata “Yes, Asian Food like a spice”.

Pastu Mat Salleh tu fikir sejenak “Ok, you are good to go”. Fuuhhh, memang lega. Kalau la dia suruh aku buka 2 biji beg yang besar tuh, memang kat situ jugak aku maki dalam Bahasa Melayu. So far Ok jer, semuanya berjalan dengan lancar.

Keluar sahaja dari bahagian pemeriksaan, masa untuk mencari isteri saya, Umair pasti rindukan mamanya. Selang beberapa minit, isteri saya menjerit nama Umair sambil berlari ke arah kami. Umair pula takder la pulak tunjuk rasa excited jumpa mama dia. Mungkin dia masih mamai sebab baru bangun dari tidur.

Saya dan Umair dijemput oleh isteri serta 2 orang kawannya iaitu Faizal dan Maryam. Nasib baiklah diorang ni ada kereta, jimat la sikit daripada bayar tambang teksi. Kalau tak get ready la £25 untuk sampai ke rumah sewa.

Keluar saja dari Airport Glasgow, saya dapat rasakan betapa sejuknya cuaca di Glasgow ni. Berbeza sungguh dengan Malaysia yang agak panas. Pakai baju sejuk pun masih terasa lagi sejuknya, begitulah yang saya cuba gambarkan suhu di Glasgow ni.

Perjalanan hidupku di UK, kini bermula…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: