Last Day at Malaysia

Tup.. tap.. tup.. tap.. dah masuk hari last aku nak berangkat ke United Kingdom (UK). Dengan persiapan yang ala kadar dengan kadar yang kelam-kabut bermacam-macam perkara yang perlu difikir untuk persiapan yang memerlukan persiapan yang rapi.

Pagi-pagi lagi saya dah pergi ke Maybank untuk collect duit syiling yang telah saya tukarkan ke wang kertas. Selepas itu saya ke The Mines untuk membeli Bagpack jenama Deuter (tiruan) dan Handset yang dikirim oleh salah seorang kawan wife saya di sana.

Balik saja terus saya packing barang dan pastikan tiada barang yang tertinggal. Start dari petang sampai la ke malam telefon tidak putus-putus berdering. Dari family dan saudara-mara semuanya mengucapkan Selamat Jalan dan bermacam-macam pesanan untukku sebelum bertolak.

Selepas Maghrib, saya dan Umair bertolak ke KLIA bersama dengan keluarga mertua saya. Semasa hendak check-in berlaku sedikit masalah dimana beg saya melebihi had muatan yang dibenarkan. Setelah meminta budi bicara, barulah kakitangan yang bertugas memberi sedikit kelonggaran.

Pada masa ini, rakan sepejabat saya Dol, Man dan Shark datang untuk menghantar buat kali terakhir. Terharu ler sekejap apabila rakan seperjuangan JTM sanggup datang untuk saya yang tidak femes ini di mata rakan-rakan yang lain.

Untuk buat kali terakhir saya belanja mereka ni makan McDonald di KLIA. Kerana saya pun hendak makan McD, di UK jangan harap la nak makan McD yang halal. Kemudian barulah adik saya Hafizal serta family datang sebelum saya berangkat.

Selesai makan McD kami pun pergi ke balai berlepas antarabangsa, namun berlaku masalah apabila saya tidak ada tag untuk beg yang dibimbit. Maka terpaksa la saya ke kaunter check-in semula untuk mendapat tag. Namun apabila sampai, ada pula masalah lain.

Kakitangan yang bertugas tidak ada untuk memberi tag. Selepas tunggu begitu lama barulah kakitangan terbabit sampai. Maka bermulalah part yang tidak best sepanjang saya menggunakan perkhidmatan MAS.

Bagpack saya terlalu panjang dan besar untuk dibawa bersama. Aku pula dah rasa tidak sedap hati kerana semua barang penting dalam bagpack ni. Cara layanan kakitangan tersebut berbaur sindirin dan lebih kepada hendak melepaskan diri tanpa memberi buah fikiran yang bernas.

Entah macam mana selepas fikir panjang kakitangan MAS yang lain memberi cadangan supaya beg saya dipendekkan. Rahman dan Shark membantu untuk memendekkan dengan melebarkan beg. Setelah bertungkus lumus barulah beg saya dibenarkan dan diberikan tag.

Kemudian setelah selesai barulah kami ke balai berlepas semula. Orang paling sedih ialah Nani Umair sebab terpaksa berpisah dengan cucu sulong yang menjadi kesayangan keluarga. Saya dan Umair menuruni escalator dan menuju ke bahagian imigresen.

Umair melambai semua orang termasuklah uncle yang baru dikenalinya (officemate ku). Maka dengan rasminya pada tanggal 2hb Mac 2012, aku berlepas ke United Kingdom dengan 1001 macam perasaan. Hahaha..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: