Hello Amsterdam

Entah berapa lama aku tidur, aku sendiri kurang pasti. Tapi apa yang pasti ialah flight kami belum sampai ke destinasi. Pada paparan screen LCD di hadapan tempat duduk ada menunjukkan 5 jam lagi untuk sampai ke destinasi. WoW, apa nak buat ni. Nak main iPad leceh pula nak buka beg.

Tak lama lepas tu, masa breakfast pun tiba. Cuma ada 2 pilihan, Omelet dan Nasi Lemak. Untuk Umair pramugari memberinya Omelet, saya pula memilih Nasi Lemak. Bukan senang nak dapat Nasi Lemak kat Glasgow nanti, sental habis-habisan.

Dalam flight Umair dah 2x berak, memang menguji kesabaran. Nasib baiklah Mat Salleh yang duduk di sebelah aku ni begitu baik hati. Dialah juga yang tolong ambil beg dari rak penyimpanan di atas dan dia jugalah yang tolong buka pintu toilet.

Ada banyak jam lagi, untuk membuang masa saya pun menonton movie pada LCD di depan tempat duduk. Memang banyak movie, cuma satu sahaja yang sempat saya tonton sampai habis. Apabila tiggal 1 jam lagi hendak mendarat, Umair pula boleh sambung tidur. Memang mencabar dan menduga kesabaran.

Lebih kurang jam 8.30am (waktu Amsterdam), kami tiba di Amsterdam Airport Schiphol. Apabila mendarat, saya adalah orang paling last keluar. Kerana Umair masih tidur, hendak bangunkan dia memang ler susah. Bila bangun sahaja dia menangis, memang manja betul. Nasib baiklah seorang pramugara membantu saya mengangkat 2 beg keluar sementara saya pula dukung Umair.

Kemudian saya ke Transfer Desk T6, kakitangan Airport terbabit membuat booking baru untuk saya kerana flight yang sepatutnya kami naiki telah pun siap sedia untuk berlepas. Lawa juga kakitangan Airport Amsterdam ni rupanya. Huhu..

Flight seterusnya ialah 2.50pm (waktu Amsterdam), jam pula menunjukkan 9am. Apa la aku nak buat kat airport ni selama 6 jam. Aku bawa la Umair pusing keliling sambil rehat di kerusi sofa yang menghadap Kapal Terbang. Cukup selesa, memang berbeza dengan KLIA.

Kemudian saya membawa Umair ke Forest Kid, playground untuk kanak-kanak bermain. Umair pula dengan gembiranya bermain sepuas-puasnya. Umair boleh pula nak berkawan dengan budak perempuan Jepun tu. Hahaha, Umair memang ada taste, yang lawa-lawa saja dia nak berkawan.

Selesai Umair bermain (padahal tak selesai pun) kami pun pergi ke lounge yang ada WiFi untuk berinternet. Handset tak bleh roaming memang sesuatu yang menyusahkan. So alternatif lain ialah berhubung melalui Facebook, terpaksa la bermesej dan beritahu status terkini. Itu pun tak boleh lama sebab berebut iPad dengan Umair ditambah pula limit untuk WiFi ialah 30 minit. Lebih dari tu kena bayar.

So nak dijadikan cerita mesej tak sampai sebab 30 minit yang ada dah terlebih pakai. So kena la cari device lain untuk internet ni, so nak taknak kena la keluarkan NetBook dari beg. Nasib baik la plug adapter aku ni jenis universal, apa-apa voltage boleh masuk. Lepas tu barulah aku dapat hantar mesej sebenar.

Entah macam mana, aku terleka sekejap sebab menunggu lama punya pasal. Jam dah menunjukkan 2.25pm, ini bermakna aku cuma ada 25 minit lagi untuk terbang. WoW, dengan kelam-kabutnya aku kemas iPad, NetBook dan barang lain dan bergegas untuk ke Gate D04. Punyalah jauh Gate D ni. Berlari aku sorong troli dengan Umair aku dudukkan atas troli.

Apabila sampai sahaja aku tengok Gate Closed. Tiba-tiba aku jadi panik sebab risau terlepas kapal terbang. Pada screen di Gate D04 tu ada la beberapa tulisan yang aku tak faham, bahasa Holland manalah aku faham kalau bahasa Inggeris tu faham la. Sebab takder orang di Gate D04, aku berlari ke Transfer Desk untuk meminta bantuan.

Rupanya dah pindah Gate dan lebih jauh dari D04, Gate baru ialah D41. Dalam masa aku berlari ke Gate D41, nama aku dan Umair dipanggil. WoW, memang bertambah laju la aku berlari sambil sorong troli. Sampai di Gate D41, pemeriksaan dilakukan walaupun agak lambat. NetBook dan iPad perlu diasingkan dari beg semasa di scan.

Apabila masuk sahaja ke dalam kapal terbang, barulah hati terasa lega. Fuh.. fuh.. fuh.. penat berlari mengah dan sebagainya aku dah tak hirau. Apa yang penting aku dapat minum air. Nasib baik la diorang hidang air cepat. Farewell Amsterdam..

1 Comment (+add yours?)

  1. maziati
    Mar 08, 2012 @ 15:15:32

    ambillah pengalaman ini sebagai pengajaran. Sentiasa berhati2 dan jangan lalai apa tah lagi di negara orang yang sangat asing bagi kita. Bersyukurlah kerana ALLAH sentiasa melindungi dan mempermudahkan perjalanan…..Harus diingat laptop atau ipad akan membuat kita lalai dan leka…….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: