Flight Delay

Masuk saja ke balai berlepas antarabangsa, kami perlu ke terminal antarabangsa dengan menaiki Komuter Khas. Umair pula agak takut kerana sepanjang komuter ini berjalan banyak gegaran yang menakutkannya. Boleh kata semua manusia yang aku jumpa adalah di kalangan Mat Salleh.

Apabila sampai sahaja ke pintu berlepas, berbagai jenis pemeriksaan dilakukan. Umair menjadi mangsa security guard wanita kerana kecomelannya. Pipi menjadi tempat untuk melepaskan geram. Ketika sudah hampir tiba masa untuk berlepas, satu pengumuman dibuat bahawa flight kami delay selama 2 jam.

Punyalah lama nak tunggu, dah la takder tempat duduk, pastu tetiba delay pulak. Tak lama lepas tu ada lagi satu pengumuman, ingatkan bagi berita baik rupanya delay tu extend jadi 2 jam 20 minit. Apa aku nak buat sampai jam 2 pagi ni, semua kedai dah tutup kecuali ada la beberapa. Semasa hendak ke Transfer Desk, saya berkenalan dengan seorang Dr yang kebetulan menaiki pesawat yang sama ke Amsterdam.

Takder la boring sangat ada la teman untuk bersembang. Umair pula happy bila dapat berkawan dengan 2 orang anak Dr tu. Kami diberi voucher makan, so antara kedai yang available pada masa tu ialah Burger King. Layankan jer lah, ingat banyak la choice untuk dimakan, rupanya yang tinggal hanya Nugget dan Fillet.

Sembang punya sembang rupanya Dr ni buat sabatikal di Amsterdam, beliau seorang pensyarah di Unimas. Sampai la tiba masanya untuk berlepas, barulah kami berpisah kerana tempat duduk agak berjauhan. Sebelum itu beliau sempat memberi Name Card beliau, aku juga yang tiada Name Card untuk dihulur.

Dalam flight memang sekelilingku hanya ada Mat Salleh dan Minah Salleh. Semuanya tua- tua belaka, agaknya Orang Putih ni suka menghabiskan sisa-sisa hidup untuk melancong agaknya. Flight kami mengambil masa lebih kurang 13 jam untuk ke Amsterdam satu perjalanan yang agak jauh.

Namun aku tidak risau kerana separuh perjalanan adalah di dalam waktu tidur. Umair pula dengan mudahnya tidur setelah minum sebotol susu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: