Umair Hantar Mama Ke KLIA

Segala persiapan untuk ke Glasgow telah dibuat. Bermacam-macam urusan yang berkaitan sebelum bertolak dilakukan pada hari ini. Pagi-pagi lagi dah bangun untuk keluar breakfast sekeluarga di kedai nasi kandar Hameed. Sebab lepas ni memang dah tak jumpa kedai mamak kat sana.

Tengah harinya, kami menguruskan barang yang perlu dibawa oleh wife saya. Oleh kerana limitation baggage ialah 20kg. Maka terpaksa la kami catu barang mana yang lebih penting untuk dibawa. Sehinggakan alat penimbang pukal digunakan untuk tujuan itu.

Setelah limit barang telah dicapai iaitu 20kg. Kami pack juga extra barang 8kg just in-case kalau pihak MAS benarkan bawa barang lebih sedikit dari muatan. Kalau tidak dibenarkan barulah tinggalkan untuk dibawa pulang.

Lebih kurang jam 8pm, kami bertolak ke KLIA. Hassan dan Zehan dah sampai di KLIA lebih awal untuk menghantar my wife sebelum bertolak. Ketika check-in, pegawai MAS yang bertugas membenarkan untuk masukkan extra baggage. Alhamdulillah.. cuma barang tersebut perlu di wrap terlebih dahulu.

Selesai urusan check-in kami sekeluarga makan di McDonald. Hanya di Malaysia sahaja yang halal, kalau di Glasgow jangan harap la nak makan McD kecuali Fillet-O-Fish. Sambil makan Zehan beri beberapa nasihat yang perlu untuk wife saya kerana Zehan pernah ke sana sebelum ini.

Apabila sampai waktu kemuncak, wife saya terpaksa bertolak kerana masa untuk bertolak semakin hampir. Pada waktu inilah perasaan sedih menyelubungi wife dan keluarganya. Bergenang air mata apabila sorang demi seorang keluarga di salam buat kali terakhir, kerana tempoh 3 tahun adalah jangka waktu yang panjang.

Umair pula tidak menunjukkan rasa sedih hanya sedikit kehairanan. Al-maklumlah, Umair masih kecil lagi. Kalau dia besar sedikit mungkin dia juga akan sedih kerana mamanya akan pergi dahulu. Tapi ini semua hanya untuk sementara, kerana apabila VISA Umair dan saya lulus, barulah Umair dapat jumpa dengan mamanya.

Ketika mama Umair masuk ke bahagian International Boarding, Umair dari atas memanggil mamanya dari jauh. “Mama.. mama.. mama.. Gen”. Maksud Umair “Mama.. mama.. mama.. nak Vitagen”. Suasana sedih tiba-tiba pecah apabila Umair berkata “Gen”.

Kasihan Umair, lepas ni Umair tidur dengan papa la yer.. selang beberapa minggu baru dapat jumpa mama.

1 Comment (+add yours?)

  1. ina
    Jul 05, 2013 @ 00:09:02

    salam sufri…saya terjumpa blog ni semasa nak cari info pasal glasgow. in sha Allah saya, suami dan 2 orang anak akan pergi ke glasgow sept ni sbb saya akan sambung master di strathcyclde. nak tanya pasal accomodation..any suggestion? and few tips as i takde kwn kt sana..my email hasinayop@yahoo.com. hope to hear from you soon.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: