VISA to UK – Day 2

Oleh kerana kami tidak membuat appointment untuk hari ini kami terpaksa bergegas keluar seawal jam 6.30am pagi untuk ke VFS. Bangun punyalah awal, Umair pun sama bangun awal.

Hari Khamis semua orang yang bekerja di Kuala Lumpur sudah mula masuk kerja dan besar kemungkinan jalan akan menjadi sesak semula. Kami terpaksa parking kereta di Stadium Bukit Jalil dan menaiki LRT untuk ke sana.

Dari LRT Bukit Jalil kami transit di LRT Masjid Jamek, kemudian kami tukar train Putra LRT Masjid Jamek untuk ke KLCC. Inilah kali pertama buat Umair naik train, merasai pengalaman baru menaiki train adalah sesuatu yang tidak disukai oleh Umair. Mungkin kerana LRT ni banyak sangat goyang dan bunyi bising.

Sampai di KLCC kami mula berjalan kaki ke Wisma MCA, terasa jauh dan lenguh berjalan sambil saya mendukung Umair yang dah hampir mencapai berat 20kg. Diharap semua susah payah untuk membuat VISA kali ini berbaloi.

Rupanya selepas satu, ada satu lagi masalah lain timbul. Certified Copy yang diperlukan perlulah di cop dan ditandatangan oleh Lawyer atau Peguam. Kakitangan Kerajaan Kumpulan A yang lain seperti tidak laku untuk apply VISA, walaupun cop datang dari Dekan Universiti yang berpangkat Professor.

Sekali lagi kami terpaksa balik dengan perasaan hampa, kena pula cari pejabat peguam untuk selesaikan masalah Certified Copy nih. Balik dah tentu kena jalan kaki, sebab semasa datang pun dah naik LRT.

Penat berjalan kami singgah di Restoran Nasi Kandar Pelita. Servis punyalah teruk, nak kata ramai sangat pelanggan takder la ramai mana, lengang jer. Pekerja nampak jer ramai, tapi bila dipanggil untuk ambil pesanan semua angguk macam faham tapi buat tak tahu.

3 hingga 4 kali panggil barulah pelayan restoran ni nak datang ambil order. Aku ni dah la penat berjalan, dukung anak lagi, VISA pula tak boleh nak proses. Silap haribulan mau kena maki pekerja restoran ni. Nasib baiklah aku ni penyabar orangnya. Huhhh..

Petangnya saya pergi cari pejabat guaman untuk certified salinan dokumen yang perlu. Satu salinan yang dicop RM4 dikenakan. WoW, aku ada 97 salinan yang perlu disahkan, mati aku nak bayar. Melalui budi bicara peguam tersebut saya hanya dikenakan RM1 bagi setiap cop. So, saya hanya bayar RM97. Tapi itu pun dah besar jumlahnya. Huhuhu..

Mungkin lawyer tu baik hati sebab hari Ahad ni dia akan berkahwin. Semoga majlis perkahwinannya berjalan lancar. Amin..

65 Comments (+add yours?)

  1. wan
    Mar 14, 2012 @ 17:33:24

    Salam,
    Saya dari UIA bercadang sambung pHD di UK. Now, in the process tgu KPT meeting untuk decision SLAB. Walaupun sy hanya bole apply time bila ada confirmation letter from sponsor, better saya prepare dulu apa2 yang patut.

    Nak tanya satu perkara:
    “Certified Copy yang diperlukan perlulah di cop dan ditandatangan oleh Lawyer atau Peguam.” ni kat mana buat yer (contoh)? kat wisma putra bule buat ke? sijil nikah yang da translate pun nak certified ke?

    Smoga sucess di UK

    Reply

    • sufri82
      Mar 14, 2012 @ 22:11:54

      Assalamualaikum,

      First of all, semoga saudara/i berjaya untuk sambung PhD ke UK.
      “Certified Copy” ni boleh buat di pejabat guaman yang selalu ada nama “Solicitor, Peguam Bela dan Peguam Cara” yang namanya macam tu.
      Pastikan cop adalah bahasa inggeris bukan bahasa melayu a.k.a “Salinan disahkan benar” tidak laku.
      Wisma Putra? Saya tak berapa sure boleh ke tidak. Tapi mengikut VFS untuk apply VISA mereka hanya terima cop “Certified Copy” dari lawyer @ peguam.
      Sijil Nikah yang dah translate tak perlu certified, just make sure cop translator adalah dalam bahasa inggeris. Biasanya translator akan bagi 2 copy.

      Saya harap jawapan tadi dapat menjawab pertanyaan saudara/i

      Reply

  2. wan
    Mar 15, 2012 @ 16:28:30

    Thanks a lot…saya ‘saudara’ =). pagi tadi da buat sijil beranak baru untuk diri dan wife just in case. dan jugak da anta sijil nikah untuk ditranslate di makhamah.Alhamdullilah, semua lancar, esok da bule amik.

    Maaf ye, ada sket lagi soalan:
    1) kalu main applicant (macam saya), dan dependant yang berstatus wife, perlu ke submit birth certificate?Atau memadai dengan sijil nikah?. kalau kene, terpaksa pi antar translate jugak la nampak gayanya sbb ada content dalam surat branak baru tu yang masih in malay.
    2) saya musykil yang certified copy tu. kat sijil ori pun kene ke? contohnya IELTS certificate. Takkan nak cop atas sijil yang original. Atau hanya cop untuk salinan photostat je?

    Thanks

    Reply

  3. sufri82
    Mar 15, 2012 @ 16:56:21

    Ok, mungkin saudara kurang jelas dan kes saya sedikit berbeza dengan saudara.
    Apa pun saya jawab dahulu soalan saudara.

    Jawapan Soalan 1:
    Untuk apply VISA memang perlu kedua-dua dokumen iaitu Birth Certificate dan Sijil Nikah. Birth Certificate tu biasanya untuk applicant sahaja, tapi untuk playsafe better buat dua-dua sekali (husband-wife). Memang Birth Certificate tu perlu ditranslate sebab masih Malay. Saya dulu dok berulang-alik sampai 3x sebab Birth Certificate ni.

    Jawapan Soalan 2:
    Certified Copy ni hanya untuk SALINAN sahaja. ORIGINAL tidak perlu. Kes saya lain sikit sebab semua dokumen ORIGINAL telah dibawa oleh wife saya untuk ke UK (Wife fly dahulu untuk register). Saya dan anak fly kemudian kerana VISA anak saya ada masalah sebelum ni, so in order nak apply VISA kena ada dokumen ORIGINAL which is saya tidak dapat bekalkan kerana ada pada wife. So, apa yang boleh dibuat saya sertakan salinan dan dapatkan Certified Copy pada lawyer.
    Jika saudara apply VISA dengan wife sama-sama, lebih mudah prosesnya dan kurang penggunaan SALINAN Certified Copy.

    Reply

  4. wan
    Apr 01, 2012 @ 01:06:30

    Salam,
    Alhamdullilah, KPT da luluskan biasiswa saya for further study kat Imperial. 30/3 lepas dapat result. Skang nak tumpu pada buat VISA.

    Ada satu perkara yang memussykilkan saya. untuk wat visa, kene buat x-ray ke? (i.e. medical checkup or yang seumpama dengannya). Selama saya check UKBA punye website, takde pun die suh. Tapi dengan rakan2 yang pi Aussie, NZ, Japan, diorang kate kene provide X-ray n yang seumpamanya. So, memandangkan, brader buat tahun 2012, nak tanye, time buat tu ade kene provide X-ray or medical checkup ke?

    Lagipun saya penah terbaca, bile sampai kat airport kat UK, kene tunjuk X-ray. Ye ke?konpius plak.

    Berkenaan “certified tru copy” tu, saya ade pegi kat makhamah kuala lumpur kat jalan Duta tu. Saya tanya kat kaunter, sapa bole wat CTC, diorang kata bole buat kat pejabat jenayah mahkamah tinggi (kat situ gak).Saya pun pi la sana n org kat situ kata takde masalah, bawah sijil original + salinan untuk di “CTC” kan. kire itu dikira “Solicitor, Peguam Bela dan Peguam Cara” kan? (tak paham sangat pasal bende2 ni.

    Reply

    • sufri82
      Apr 01, 2012 @ 14:45:31

      Assalamualaikum,

      Pertama sekali tahniah kerana permohonan saudara untuk ke sambung belajar ke luar negara berjaya.

      Medical Check Up Form saudara boleh download di link ini http://www.mohe.gov.my/portal/images/penajaan/doc/borang/pensyarahipt/kesihatan.pdf

      Buat pengetahuan saudara, medical check up form tidak diperlukan untuk membuat VISA tetapi ianya perlu untuk ditunjuk kepada pegawai immigresen di UK. Sekiranya saudara membawa isteri bersama, isteri saudara juga perlu buat medical check up dengan menggunakan form yang sama.

      Berkenaan dengan X-Ray memang saya ada dengar mengenainya, mungkin di Glasgow ianya tidak begitu ketat seperti di London. So, to be safe better saudara bawa X-Ray film sekali, just in case.

      Kalau Mahkamah KL Jalan Duta boleh buat lebih bagus. Sebab kes saya pelik sedikit kerana agak kelam-kabut dan bertembung pula dengan Cuti Hari Wilayah yang mana KL cuti pada hari tersebut. Make sure kata CTC tu untuk apply VISA. Takut kalau mereka buat CTC biasa.

      Buat pengetahuan saudara, kawalan di Heathrow Airport London agak ketat. Sebab itu saya tidak transit di London sebaliknya saya transit di Amsterdam. So, bila berhadapan dengan pegawai immigresen di sana just tenang dan jawab semua soalan dengan yakin. Make sure jujur apabila declare barang yang dibawa sebab mereka ni tak suka bila ditipu (erti kata lain, bila kantoi jumpa barang tak declare).

      So, saya harap penerangan saya mudah untuk saudara faham

      Tahniah sekali lagi..

      Reply

  5. AQ
    Jun 02, 2012 @ 05:51:52

    salam…

    nk tanya, adakah diorg require for result ielts? kalau ya, kena dpt berapa ya? dan…kalau bawa isteri / suami & anak.. kena amik family package ke.. or spouse nya kena amik ielts juga ka mcm mana? saya bawah shcolarship mara..dan ingin bawa family bersama… harap En sufri bole share bersama pengalaman….

    apa lain2 document yg diorg mahu..yang saya tahu salah satunya Financial Affidavit…?

    Terima kasih

    Reply

    • sufri82
      Jun 02, 2012 @ 21:56:23

      Assalamualaikum,

      Result IELTS memang diperlukan untuk apply VISA UK dan mesti mendapat pointer minima 5.5 bagi setiap komponen.

      Sekiranya saudara/i ingin membawa wife/husband & anak bersama, mereka boleh apply bersama. Tidak ada istilah family package, setiap orang akan mengisi borang yang sama. Contohnya.. Student isi satu borang berserta dokumen, spouse isi satu borang berserta dokumen dan anak isi satu borang berserta dokumen. Kemudian boleh dihantar sekali supaya lebih mudah proses mendapatkan VISA.

      Spouse tidak perlu buat ujian IELTS, hanya untuk Student yang hendak menyambung pengajian sahaja.

      Dokumen yang perlu untuk apply VISA UK ialah..

      Student
      -Passport Malaysia yang masih valid
      -Result IELTS min 5.5 every component
      -Surat tawaran universiti di UK
      -Financial Affidavit from MOHE
      -ATAS Certificate sekiranya course tersebut memerlukannya
      -Sijil Nikah Original (Malay Version)
      -Sijil Nikah yang dah ditranslate oleh translator (English Version)

      Spouse
      -Passport Malaysia yang masih valid
      -Surat Cuti Tanpa Gaji sekiranya spouse government servant
      -Surat CTG yang dah ditranslate

      Anak
      -Passport Malaysia yang masih valid
      -Surat Beranak Original (Malay Version)
      -Surat Beranak yang dah ditranslate oleh translator (English Version)

      Setakat tu jer yang saya ingat, mungkin ada lagi yang saya terlupa.
      Sekiranya hendak bertanya lebih lanjut mengenai VISA boleh hubungi UKBA di Wisma MCA.

      Boleh rujuk sini untuk maklumat lengkap VISA Tier 4 General
      http://www.ukba.homeoffice.gov.uk/sitecontent/applicationforms/pbs/Tier4migrantguidance.pdf

      Reply

  6. AQ
    Jun 04, 2012 @ 04:01:24

    Terima Kasih atas keterangan En sufri. Salam

    Reply

  7. sham
    Jun 30, 2012 @ 16:45:18

    Salam En Sufri,

    Saya nak bertanya sikit berkenaan online application visa ke UK ni. Saya dah isi untuk diri sendiri dan kat dalam tu dah ada tanya pasal isteri dan anak2…bila submit je online form tu…cost utk application tu cuma RM 1416 je…saya pelik jugak sebab ni bawak satu keluarga…sepatutnya RM 7080 lah.( isteri n 3 anak).

    Adakah saya perlu isi borang online tu asing2..maksudnya tambah lagi 4 borang online?
    tapi bila nak isi .yang baru…bila tanya kat Bah Visa requirement tu pasal type of visa ..nak letak apa kalau utk isteri/anak?..konfius betul saya…

    Sham
    Terima kasih..

    Reply

    • Sufri
      Jul 01, 2012 @ 00:37:35

      En. Sham,

      Setiap seorang di dalam ahli keluarga En. Sham perlu isi online form. Contohnya, En. Sham isi satu, Isteri isi satu, dan anak-anak juga isi seorang satu. Maka total adalah seperti yang En. Sham jangkakan iaitu RM7080.

      Soalan last sekali saya kurang faham, mungkin En. Sham boleh print screen atau terangkan bahagian yang konfius tu. Kalau ada rujukan bergambar lebih mudah saya terangkan..

      Reply

  8. sham
    Jul 01, 2012 @ 14:36:59

    Tq for the reply.. Yg type of Visa tu…samaada dtg Uk utk study,( saya punya utk study la kan) visitor..settlement..etc..utk isteri dan anak2 saya pilih visitor( long term..up to 5 years) ..betul ke pilih yang ini?

    Dlm form diaorang ini pun ada tanya pasal sumber income…berapa belanja sebulan kat UK…nanti duduk kat mana…
    Saya dah ada alamat kawan yang duduk kat sana…no tel landline..saya letak HP je la…[ boleh ke..utk isteri dan anak2 ni..saya letak saya sebagai relative utk duduk masa kat UK nanti?]

    Reply

  9. sham
    Jul 02, 2012 @ 06:17:10

    Ermmm…saya dah silap letak la kalau cam tu..saya pilih “visitor”..kena isi lain la pulak yer…boleh ke kita buat yang lain..just ignore yng dah buat sebelum ni kan. Terima kasih for the good info.

    Reply

    • Sufri
      Jul 02, 2012 @ 12:34:44

      Yes, just ignore dan buat yang lain. Apabila buat yang baru akan keluar nombor rujukan baru dan form print-out yang baru. Borang yang telah di print-out itu la yang akan kita bawa ke UKBA di bangunan Wisma MCA.

      Reply

  10. ilot
    Aug 28, 2012 @ 10:04:19

    Salam, Sufri saya berjumpa dengan blog ni melalui google Terima kasih diatas guide yang diberi. Saya ingin ke uk dibawah tajaan mara bersama dengan suami dan anak. Berapakah sekurang2nya yang saya perlu ada di bank untuk apply visa anak dan suami.
    Ada kawan saya kata 30k. Betul kah?

    Reply

    • Sufri
      Aug 28, 2012 @ 16:10:34

      Saya ada pernah juga terdengar amaun 30k suatu ketika dulu sekiranya hendak ke UK. Tapi tak ambil kisah sangat, sebab bukan nak pergi UK pun. (dulu punya cerita).

      Akan tetapi kalau ikut Law sekarang (2012) waktu saya apply VISA, apa yang diperlukan adalah Surat Sokongan Kewangan iaitu Financial Affidavit from MOHE untuk tajaan JPA. Kalau MARA saya tak berapa sure, mungkin namanya Financial Affidavit MARA (kena rujuk dengan MARA).

      Soal duit yang perlu ada di dalam bank sebanyak 30k tak timbul. Sebab waktu saya dan wife apply VISA dahulu, mereka tak minta pun. Mungkin duit 30k ni zaman dulu-dulu la rasanya.

      Reply

      • farah
        Sep 21, 2012 @ 05:09:21

        Salam Encik Sufri dan ilot.
        Boleh saya betulkan pasal 30k tu?
        Actually saya pon sdg nak apply visa for uk unt sy dan husband.
        30K tu bukan dulu2, sama macam skrg jgk..
        cuma, itu prove untuk spouse yang tak di sponsor oleh mana2 pihak.
        mcm saya pergi under JPA, so jpa mmg tak sponsor spouse, so what we have to do untuk spouse pg sama, dia kena tunjuk enough maintainance fund for up to maximum 9 months.
        contoh (london) : 600gbp*9 months = 5400gbp ~~ rm27000 ada dalam saving account for at least 28 days before appointment visa.

        So, kalau pg under sponsored yang sponsor spouse or dependant, menda ni semua tayah tunjuk..sbb sponsor akan bg financial affidavit untuk dependant skali..
        heheh, xde istilah lama..still sama untuk skrg, cuma bear in mind je lah yg tu untuk dependant yg x disponsor..
        info untuk yg sama kes dgn saya🙂 tq🙂

      • Sufri
        Sep 21, 2012 @ 10:36:54

        Terima kasih Puan Farah, kerana beri pencerahan mengenai hal ini. Semoga info ini berguna kepada Malaysian yang akan ke UK..

  11. Ikhwan
    Sep 20, 2012 @ 13:12:29

    Salam, saya dapat SLAI untuk ke UK, cuma nak tanya pasal visa, untuk isteri, macam mana nak evidance of money to family members (outside london mesti ada 450 pound per month)

    Reply

    • Sufri
      Sep 20, 2012 @ 22:31:44

      Kalau student postgraduate senang sikit, sebab boleh tunjuk Financial Affidavit dari MOHE. Tapi kalau kes macam saudara mungkin perlu tunjukkan bukti kewangan dengan pengesahan bank, yang mana kewangan untuk isteri cukup sepanjang berada di UK.

      Reply

  12. Faizul
    Oct 02, 2012 @ 05:52:46

    Alhamdulillah..Terima kasih atas ilmu En Sufri, at least saya dapat idea utk apply Visa ni. Saya dan keluarga akan ke Derby utk Postgrad under KKM. Blog tuan banyak membantu. Terima kasih

    Reply

    • Sufri
      Oct 02, 2012 @ 10:52:52

      En Faizul,
      Sama-sama.. pengalaman saya untuk dikongsi bersama agar boleh dijadikan rujukan warga Malaysia yang lain. Sewaktu saya hendak apply VISA, tidak ada sumber rujukan yang boleh dirujuk. Betapa sukarnya pada waktu itu. Oleh itu saya cuba terbitkan artikel ini walaupun agak kurang formal.

      Reply

  13. space
    Oct 08, 2012 @ 14:38:57

    Salam Sufri,

    Nak tumpang tanya, sijil kelahiran anak yg dah warna hijau yg ada dwibahasa dah tak payah buat terjemahan lagi kan?
    Lagi satu, konpius sikit, sijil kelahiran aku ngan husband aku perlu buat terjemahan tak? zaman kt org sijil kelahiran mmg pon dlm bahasa kebangsaan jer.
    Harap Sufri boleh bagitau yer, terima kaseh!!!🙂

    Reply

    • Sufri
      Oct 08, 2012 @ 19:57:58

      Salam Puan,

      Sijil Kelahiran anak yang berwarna hijau memang ada dwibahasa (BM/BI). Sekiranya diperhatikan betul-betul, column pada Umur, Taraf Kewarganegaraan, Keturunan, Agama ditulis dalam BM. Contohnya, untuk UMUR (2 TAHUN), sepatutnya (2 YEARS). Taraf Kewarganegaraan (WARGANEGARA), sepatutnya (CITIZEN). Keturunan (MELAYU), sepatutnya (MALAY). Agama (ISLAM), sepatutnya (MUSLIM).

      Pada mulanya saya juga berfikiran seperti Puan yang mana Sijil Kelahiran dwibahasa tidak perlu diterjemah, tetapi pihak UKBA sendiri yang mengarahkan agar ianya diterjemah ke Bahasa Inggeris. Disebabkan perkara seperti ini saya terpaksa berulang-alik ke UKBA untuk proses VISA.

      Kalau Sijil Kelahiran zaman dahulu kala yang memang tiada color seperti sekarang, memang perlu diterjemah oleh Translator yang berdaftar. Translator yang bertauliah selalunya ada di setiap Mahkamah. Biasanya translator akan tanya “Untuk tujuan apa”. Sila beritahu untuk memohon VISA.

      Diharap saya menjawab kesemua soalan Puan

      Reply

  14. space
    Oct 09, 2012 @ 03:27:34

    Salam Sufri,

    Terima kasih byk2! Info yg Sufri bagi sgt berguna, nasib baik tanye dulu, kalo x, aku pulak ytg kene ulangalik wisma mca byk kali🙂

    Lagi satu soalan, pasal dokumen yg dihantar kat peringkat kpt, mungkin x bgitu sesuai tanya under topik ni, maaf yer, pasal KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN, adakah ktorg kene sediakan proposal yg sgt lengkap? agaknya berapa muka surat yer? sbb pd peringkat ni, x byk details yg ada pon….

    maaf tanye byk sgt ni……………terima kaseh yer!!!

    Reply

    • Sufri
      Oct 09, 2012 @ 10:40:33

      Salam,

      Berkenaan KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN, saya mohon maaf kerana tidak dapat berikan jawapan. Sebab tidak ada pengalaman mengenainya..

      Reply

  15. space
    Oct 31, 2012 @ 13:02:30

    Salam Encik Sufri,

    Maaf yer saya lagi… Nak tanya, Sufri bawa anak sekali ke U.K kan, tau tak kat mana boleh saya dapatkan list of vaccination shot yg wajib bagi kanak2? I risau in case anak tak cucuk vaksin yg tertentu, depa tak bagi dia visa pulak….. sekian terima kasih!!!

    Reply

    • Sufri
      Oct 31, 2012 @ 22:24:14

      Salam,

      Jangan risau, kelulusan VISA tidak ada kaitan dengan vaksinasi anak. Tetapi sekiranya anak puan masih memerlukan vaksinasi seperti yang di dalam jadual vaksin di dalam Buku Kesihatan anak yang berwarna Biru, puan boleh mendapatkan vaksinasi tersebut di UK.

      Apabila puan telah sampai ke UK, apa yang pasti puan kena mendaftar dengan City Council. Bergantung di mana puan sekeluarga akan menetap. Contoh seperti saya ialah Glasgow City Council.

      Setelah puan mendaftar dengan City Council, puan sekeluarga boleh mendaftar dengan NHS (National Health Service). Apabila puan, suami dan anak telah mendaftar dengan NHS, anak puan boleh mendapatkan rawatan perubatan secara percuma termasuklah vaksinasi yang diperlukan.

      Apa yang penting, puan perlu bawa Buku Kesihatan anak yang berwarna biru tu bersama. Dari situ, nurse di NHS akan dapat pastikan vaksin yang perlu diberikan oleh anak puan.

      Diharap puan jelas dengan penerangan saya

      Reply

  16. space
    Nov 02, 2012 @ 11:58:06

    Terima kasih banyak-banyak, Encik Sufri.
    Ya, buat masa ni anak masih memerlukan suntikan vaksin, baru berumur 6 bulan masa bertolak ke UK… Yang saya tanya, senarai vaksin yang diwajibkan di Malaysia contohnya utk bayi berumur 3 bulan tidak sama dengan yang diwajibkan di negara UK, so I nak tau, perlu kah saya pastikan anak dah dapat suntikan semua vaksin yg diwajibkan di negara UK sebelum bertolak ke UK? Maaf yer sekiranya soalan saya tak jelas sangat, minta maaf

    Reply

    • Sufri
      Nov 02, 2012 @ 23:55:37

      Tidak ada suntikan vaksin tertentu yang perlu untuk bayi sebelum ke UK. Ikut sahaja seperti di dalam jadual Buku Kesihatan.

      Vaksin yang dibuat di Malaysia juga digunapakai di UK, malah ada tambahan yang mana tidak ada di Malaysia. Seperti anak saya diberikan ‘Hib Men C’.

      Sekiranya terdapat baki vaksin yang masib belum dibuat, ianya boleh dilakukan di UK di bawah NHS secara percuma. Buku Kesihatan perlu dibawa sekali bersama agar mudah bagi pihak NHS rujuk dan berikan vaksinasi yang perlu.

      Diharap puan faham dan tidak pening dengan penjelasan saya.

      Reply

  17. faizul
    Nov 06, 2012 @ 14:39:18

    Salam En Sufri,
    Semasa isi form online utk Tier 4 Dependent partner, dekat Section 6-Main Applicant Employment Details tu, nak kena isi ape ye?kMain Applicant tu saya la kan sebagai tier 4 student (general). Lepas tu column tu nak isi apa ye?..purpose of going?sebab column tanya pasal kerja sana?

    Reply

    • Sufri
      Nov 13, 2012 @ 11:00:44

      Salam En Faizul,

      Column tersebut saudara isi “PhD Student” (kalau saudara study PhD) atau “Master Student” (Kalau saudara study Master)

      Di bawahnya pula ada Name of company where the main applicant is working/will work, saudara isi Universiti mana saudara akan belajar

      Kemudian 2nd last dan last section tu, saudara isi tarikh mula start study dan habis study

      Reply

  18. space
    Dec 10, 2012 @ 02:58:27

    Salam Encik Sufri,

    Maaf yer, ada persoalan lagi…
    1. Aku dok baca kat blog, x paham nape ada isu nak certify dokumen? Aku ingat ktorg kene hantar dokumen asal masa interview nnti?
    2. Passport dependent pernah wat hilang tahun 2008, lepas tu dah report dan wat yg baru, kan depa nak kite submit sume passport termasuk yg dah expired kan, pening….

    sbb aku from penang, kalo x siap dlm satu hari, kene ulang alik pulak, letih, tol mahal jugak, huhuhu

    Reply

    • Sufri
      Dec 10, 2012 @ 12:53:55

      Salam Puan,

      1. Memang betul kena hantar dokumen original semasa interview. Apa yang tertulis di dalam blog saya ialah apa yang berlaku ke atas diri saya semasa proses memohon VISA tersebut. Kes seperti saya lain sedikit kerana Wife saya (Student) terpaksa fly ke UK terlebih dahulu untuk register. Manakala saya dan anak fly kemudian. Kenapa saya dan anak tidak fly sekali? Ini kerana VISA anak saya GAGAL dan terpaksa buat semula. Disebabkan dokumen sokongan yang original ada pada Wife saya untuk tujuan register universiti dan clearance custom UK, maka dengan itu saya terpaksa membuat salinan setiap dokumen sokongan dan memerlukan setiap tandatangan peguam.

      Sekiranya Puan satu family apply VISA sekali, maka penggunaan salinan certify adalah kurang atau mungkin tidak perlu.

      Kes saya adalah apply VISA secara berasingan. Diharap puan faham kenapa saya menggunakan banyak salinan certify dalam memohon VISA.

      2.Setahu saya la, passport yang terkini sahaja yang diperlukan kerana passport tu la untuk pihak UKBA tampal sticker VISA pada passport kita. Kalau passport dah hilang, macam mana nak sertakan sekali. Betul tak?. Tapi saya sendiri kurang arif berkenaan passport expired perlu disertakan sekali, sebab inilah passport pertama saya.

      Reply

  19. space
    Dec 21, 2012 @ 07:15:32

    Salam Encik Sufri yg amat sangat baik hati,

    Minta maaf, bolehkah saya tanya:
    1. Pasal bahagian “Saksi”, bolehkah saya dapatkan Senarai Peguam Kerajaan yg boleh saya minta tolong utk menjadi Saksi?

    2. Pasal bahagian “Penjamin”, ibu tidak bekerja, adakah beliau layak jadi penjamin? Jika ya, beliau tidak menpunyai cop jawatan, adakah ini diterima oleh pihak KPT?

    3. Pasal Pemeriksaan Perubatan, boleh buat kat mana-mana Hospital kerajaan?

    4. Suami dan anak berusia 6 bulan akan mengikuti saya ke U.K, adakah mereka perlu melakukan Pemeriksaan Perubatan juga?

    Sekian terima kasih.

    Reply

    • Sufri
      Dec 24, 2012 @ 01:11:12

      Salam,

      1. Maaf, saya tiada senarai yang Puan minta. Namun kalau sekadar menjadi saksi, cukup sekadar pegawai kerajaan kumpulan A.

      2. Dukacita dimaklumkan, hanya penjamin yang mempunyai pendapatan tetap sahaja yang layak menjadi penjamin. Penjamin dari kakitangan kerajaan adalah Recommended.

      3. Ya, di mana-mana hospital kerajaan.

      4. Suami puan juga perlu buat pemeriksaan perubatan. Anak puan tidak perlu, cukup sekadar pemeriksaan berkala yang dibuat mengikut buku kesihatan.

      Reply

  20. Khairiel
    Jan 02, 2013 @ 15:44:48

    Salam, saya tertarik dengan page ni yang banyak membantu kawan-kawan lain untuk permohonan visa. Alhamdulillah visa saya dah lulus. Saya baru saja menghantar permohonan visa bulan Dec lepas dan cuma ambil 8 hari untuk visa sampai ke tangan saya. Berdasarkan pengalaman saya dengan pengalaman kawan-kawan lain termasuk En. Sufri, saya simpulkan permohonan visa ini berdasarkan case by case. Macam saya, apa yang diperlukan hanyalah online form yang di print, CAS number, passport lama dan baru dan gambar sekeping. Manakala wife (dependent) cuma perlu online form yang di print, sekeping gambar, passport lama dan baru dan sijil nikah/translate (salinan dan asal). Pada mulanya macam tak pasti, saya tanya pegawai VFS betul ke ini saja? Macamana dengan salinan transkrip, sijil, IELTS, offer letter, financial affidavit dan lain-lain dokumen? Dan memang betul itu saja yang perlu. Mungkin kes saya berbeza dengan kawan-kawan lain yang memerlukan lebih banyak dokumen. Jangan risau cuma sediakan saja semua dokumen dan jika perlu sertakan dengan permohonan barulah disertakan.. Sekadar berkongsi pengalaman..

    Reply

  21. Zamirah
    Jan 07, 2013 @ 14:11:30

    Assalamualaikum

    En. Sufri, saya akan sambung PhD di University of Glasgow juga hujung bulan ini. Nak tanya, EN.Sufri dan family tinggal di area mana ye? Ada tak rumah kosong utk disewa yg mungkin En.Sufri tau? Ramai melayu ke di kawasan tu? dan kalau2 En. Sufri ada info tentang nursery di situ.

    Terima kasih

    Reply

    • Sufri
      Jan 12, 2013 @ 03:05:58

      Waalaikumussalam Zamirah,

      Tahniah kerana berjaya sambung PhD di Glasgow University. Buat pengetahuan Zamirah, saya sekeluarga tinggal berdekatan Anniesland kerana dekat dengan Campus Garscube tempat dimana wife saya sambung belajar.

      Buat masa ni, ada banyak juga rumah sewa kosong berdekatan dengan Main Campus, Glasgow University. Melayu di kawasan ni agak kurang kerana rata-rata ada student yang bujang.

      Kebanyakan student yang ada family tinggal di kawasan Govanhill. Di situ memang ramai student Malaysia, juga senang untuk mendapatkan bekalan makanan yang halal kerana di situ banyak kedai-kedai Pakistan.

      Berkenaan dengan Nursery pula, nursery di sini agak mahal. Nursery private selalunya mengenakan harga per session. Contohnya morning session dan afternoon session. Rata-rata nursery yang saya pernah survey, harga setiap session ialah £25 per session.

      Sekiranya Zamirah hendak hantar satu hari Full Day (pagi hingga petang), ini bermakna cas yang dikenakan ialah 2 session bersamaan dengan £25 x 2 session = £50. Sekiranya Zamirah hendak hantar 5 kali seminggu, ini bermakna £50 x 5 hari = £250. Jika dikira kos nursery sebulan ialah £250 x 4 minggu = £1000.

      Nursery yang murah pula ialah yang diselia oleh local community dan mendapat bantuan local council. Cas per session ialah £10, namun sekiranya hendak daftar masuk ianya bergantung pada kekosongan yang ada.

      Zamirah boleh lawati blog Komuniti Malaysia Glasgow, sekiranya ada pertanyaan pihak AJK KMG akan segera menjawab sebarang persoalan http://kmglasgow.wordpress.com/

      Reply

  22. din
    Feb 04, 2013 @ 11:37:26

    Informasi yg bagus, saya rasa saya akan melalui situasi yg sama cuma saya yg akan fly dulu dan dlm masa terdekat isteri saya dan 2 org anak akan follow. Cuma tak tau bila. Cuma saya tak berapa clear macamana pula cara kalau saya dah ada visa dan dlm masa terdekat dependant nak follow. Pada borang online tu perlu pilih yg mana “Will you be travelling to the UK alone? Put a cross in the relevant box” Yes or No ?, kalau dependant nak datang kemudian, harap saudara dapat membantu

    Reply

    • Sufri
      Feb 05, 2013 @ 13:28:28

      Borang online tu untuk Encik Din atau Isteri dan anak-anak? Saya kurang clear dengan soalan

      Reply

      • Din
        Feb 13, 2013 @ 01:28:28

        Saya akan ke UK dahulu, adakah perlu untuk saya memohon serentak ataupun dependant saya yg akan uruskan kemudian . TQ

      • Sufri
        Feb 19, 2013 @ 11:56:24

        Assalamualaikum En Din,

        Sekiranya boleh mohon serentak, itu lebih baik. Kerana proses mendapatkan VISA lebih mudah apabila ada dokumen dependant.

      • Din
        Feb 20, 2013 @ 08:20:31

        Dokumen dependant tak lengkap lagi dan isteri masih lagi menguruskan cuti tanpa gaji. Buat masa ni saya terpaksa memohon visa untuk diri saya dahulu. Bukan apa sbb tak berapa yakin dgn supporting document untuk dependant.

      • Sufri
        Feb 20, 2013 @ 11:48:10

        Insya-allah, semuanya akan berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, kemungkinan berlaku kekurangan dokumen akan timbul seperti kes saya. Diharap artikel saya dapat memberi sedikit gambaran supaya dapat elakkan masalah seperti yang pernah saya hadapi.

  23. space
    Feb 19, 2013 @ 10:09:48

    Salam Encik Sufri,
    Aku & keluarga dah sampai kat UK…. Nak tumpang tanya, pasal kemudahan perubatan, cam na kte org nak claim ngan kpt/uni? kat UK considered ada national health scheme ataupun Sufri beli jer insurans kat UK? cam na pulak ngan family yer? Terima kaseh!!!

    “Di negara yang tidak terdapat Skim Kesihatan Negara (National
    Health Scheme) dan Skim Insurans Kesihatan, felow bolehlah menuntut
    bayaran perubatan dan pembelian ubat mengikut preskripsi doktor tetapi
    tidaklah termasuk pembelian “caugh lozanges” dan lain-lain ubat yang
    tidak memerlukan preskripsi, Universiti akan hanya membayar bil-bil
    rawatan perubatan di hospital atau klinik-klinik Kerajaan sahaja…………..”
    “Di negara yang tidak terdapat Skim Kesihatan Negara (National
    Health Scheme), felow hendaklah mengambil Insurans Kesihatan di negara
    berkenaan sama ada mengemukakan resit kepada USM untuk tuntutan
    premium atau meminta syarikat tersebut menghantar invois terus ke USM.
    Pembayaran premium adalah terhad kepada Insurans Kesihatan sahaja.
    Dengan pengambilan Insurans Kesihatan ini, Universiti tidak lagi
    bertanggungjawab membayar bil-bil rawatan perubatan. Pihak USM juga
    tidak akan membiayai rawatan daripada hospital swasta.”

    Reply

    • Sufri
      Feb 19, 2013 @ 12:00:41

      Salam saudara Space,

      Berkenaan dengan kemudahan perubatan, UK mempunyai Skim Kesihatan Negara (NHS) seperti yang saudara telah jelaskan.

      Saudara sekeluarga boleh memohon dan ianya percuma. Diharap jawapan saya membantu saudara.

      Reply

      • space
        Feb 21, 2013 @ 08:44:31

        Salam,
        1. adakah maksud Sufri, kite langsung x buat tuntutan ngan kpt/universiti?
        2. adakah suami/isteri dan anak boleh juga memohon Skim Kesihatan Negara (NHS) UK ? sekaligus under akaun saya ataupun berasingan?
        Minta maaf, byk pertanyaan.
        TQ

      • Sufri
        Feb 26, 2013 @ 12:58:35

        Salam,

        Saya kurang pasti tuntutan tu untuk apa. Tetapi kalau saudara maksudkan untuk claim sekiranya ada bayaran pendaftaran, ianya tidak perlu kerana percuma.

        Ya, setiap seorang isteri dan juga setiap seorang anak akan ada akaun NHS sendiri dan berasingan.

  24. space
    Feb 21, 2013 @ 08:57:27

    maaf yer, lagi satu pertanyaan, bolehkah Sufri berkongsi pengalaman permohonan Skim Kesihatan Negara (NHS) ? cam na Sufri memohon? just pi kat GP at ANY hospital??? ataupon mesti daftar ngan hospital kerajaan? saya tak pasti apa yg saya lakukan dikira permohonan secara rasmi taupon tidak

    Reply

    • Sufri
      Feb 26, 2013 @ 13:01:04

      Tak perlu susah-susah sampai ke Hospital, just pergi sahaja Medical Centre atau Klinik berdekatan yang berdaftar dengan NHS dan mohon untuk daftar NHS. Mereka akan beri borang untuk diisi.

      Reply

  25. Mohamad
    Feb 26, 2013 @ 11:56:29

    salam en sufri, saya akan ke UK untuk program post doctoral studies.
    Saya perlu mengisi borang visa utk academic visitor(VAF 1E), Adakah isteri dan anak saya perlu menggunakan borang yang sama.
    Terima kasih

    Din

    Reply

    • Sufri
      Feb 26, 2013 @ 14:12:37

      Salam En Mohamad,

      Untuk academic visitor memang kena isi borang VISA (VAF 1E). By right anak isteri kena isi borang VISA (VAF 1B), tapi saya sendiri tak berapa sure. Mungkin saudara boleh call UKBA di Wisma MCA untuk kepastian. Sebab boleh kata setiap tahun ada perubahan polisi.

      Reply

  26. space
    Feb 26, 2013 @ 16:24:00

    Salam En Sufri, yg saya maksudkan tuntutan di sini adalah bayaran bila kite jumpa doktor kerana sakit biasa seperti selesema, demam,….adakah kite kena bayar kemudian buat tuntutan ngan kpt/jpa/universiti? terima kaseh

    Reply

    • Sufri
      Feb 26, 2013 @ 16:31:14

      Sekiranya di Scotland ianya adalah percuma tidak ada sebarang bayaran. Saya tidak pasti kalau NHS di England, Wales dan North Ireland berbayar atau tidak.

      Reply

  27. Mohamad
    Mar 09, 2013 @ 16:47:18

    Salam En Sufri,
    Terima kasih atas maklumat lalu. Saya telah selesai mengisi borang visa online application bahagian saya sebagai academic visitor. Masalahnya saya tak pasti type of visa untuk isteri dan anak-anak. Mohon en. explain secara link bergambar. Terima kasih

    Reply

  28. space
    Aug 15, 2013 @ 15:03:38

    Saam Encik Sufri yg sgt baik hati & byk membantu saya dlm persoalan pasal visa dll,
    Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Encik Sufri & sekeluarga, semoga sihat sejahtera dan diberkati.

    Reply

  29. space
    Aug 15, 2013 @ 15:04:12

    Salam Encik Sufri yg sgt baik hati & byk membantu saya dlm persoalan pasal visa dll,
    Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Encik Sufri & sekeluarga, semoga sihat sejahtera dan diberkati.

    Reply

  30. Shazrin
    Jan 06, 2014 @ 16:48:23

    salam Encik Sufri..sy ada persoalan..sy baru apply master kt UK..hope so dapat lah..yg saya bimbang skrg ni ttg tajaan..MARA akn sponsor husband skali x ke UK?ke MARA juz sponsor student ja? sy dah cuba cari maklumat ni dlm lmn web mara tp xjumpa..

    Reply

    • Sufri
      Jan 07, 2014 @ 02:15:10

      Salam Puan Shazrin,

      Semasa perjumpaan pelajar tajaan MARA dengan Pengerusi MARA iaitu Tan Sri Annuar Musa di Glasgow pada 22 Disember 2013. Soalan berkaitan Elaun Keluarga ada diutarakan.

      Buat masa ini MARA TIDAK memberi sebarang elaun untuk keluarga. Maka dengan itu sekiranya puan ingin membawa suami atau/dan anak bersama, ianya adalah tanggungan sendiri.

      Diharap jawapan saya jelas.

      Reply

  31. tengku leen
    Jan 23, 2014 @ 04:35:42

    Assalamualaikum En Sufri,

    Saya nk bertanya. Insyaallah saya akan berangkat ke UK pada hujung Mac nanti dan dalam process untuk memohon visa sekeluarga. Soalan saya, bagi permohonan visa utk anak, boleh ke saya guna email saya sbg email log in. Tak berani nak register lg sbb takut bertindan dgn application saya.

    Tq.

    Reply

    • Sufri
      Jan 24, 2014 @ 11:03:14

      Salam Tengku Leen,

      Tiada masalah, e-mel hanyalah untuk Login. Apa yang penting ialah finalized document yang di print. Dokumen yang di print itulah yang kita perlu bawa ke VFS.

      Reply

    • Ainol
      Feb 20, 2014 @ 03:32:19

      Assalamualaikum tengku leen,
      Tumpang tanya, tengku leen kan dalam proses apply visa kan? nak confirmkan betul ke dependent kene show enough money kat akaun (untuk maintainance fund) anggaran gbp450 x 9 bulan?

      saya tgh apply for tajaan Mara, offer letter Uni dapat dah (Uni of Menchester), kalau Mara tu bjaya, bln 9 ni start course, and plan nak bawa isteri dan anak skali..

      Thanks ye..

      Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: